salam wbt

Sunday, December 20, 2009

sofea..sepupuku...tahniah

“Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah” (Adz Dzariyaat 49)


“Wahai manusia, bertaqwalah kamu sekalian kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu satu diri, lalu Ia jadikan daripadanya jodohnya, kemudian Dia kembangbiakkan menjadi laki-laki dan perempuan yang banyak sekali.” (Qs. An Nisaa (4) : 1).

Hadits
“Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih & sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih & sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih & sayang. Dan apabila seorang suami memegangi jemari isterinya (dengan kasih & sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya” (HR. Abu Sa’id)




“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir” (Ar-Ruum 21)

Muhasabah diri....



Thursday, December 17, 2009

Bertemu pemimpin..2 Muharram 1431H


Mutiara Kata Hari Ini:
Luqman al-Hakim R.A pernah berkata kepada anaknya :
"Hai anakku, bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

(Hadith riwayat Muslim )


Alhamdulillah tokoh yang sangat saya kagumi iaitu ulama' besar dunia Islam hari ini Sahibul Fadhilah Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al Qaradawi yang juga merupakan Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia akan datang ke Malaysia bersempena program Ma'al Hijrah 1431 di mana beliau insyaAllah akan diberi anugerah sebagai Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 1431 pada hari Juma'at ini bersamaan 01 Muharam 1431 / 18 Disember 2009.

Pada hari Sabtu, 19 Disember 2009 ini di sebelah siangnya, beliau akan menghadiri Majlis Muhadharah Perdana 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya. Majlis ini adalah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertujuan untuk meningkatkan kesatuan fikrah dan perpaduan masyarakat Islam di Malaysia serta menjana pemikiran umat Islam yang dinamik dan progresif. Orang ramai dijemput hadir ke majlis ini dan penyertaannya adalah percuma. Sebarang maklumat lanjut bolehlah hubungi Jakim di talian 03-88864178/4172.

Berikut adalah atur cara untuk majlis tersebut:

Majlis Muhadarah Perdana 2009

9.00a.m Kehadiran

9.20a.m Ketibaan Menteri

9.25a.m Bacaan doa

9.30a.m Ceramah Prof Dr Yusuf al-Qaradawi Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia

10.45a.m Ucapan Menteri

11.30a.m Majlis Bersurai

Pada hari yang sama juga iaitu Sabtu, 19 Disember 2009 di sebelah malamnya pula, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi dijemput oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk satu program Pidato Perdana Ma'al Hijrah.

Butir-butirnya adalah saperti berikut:

Tempat: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah, Masjid Negeri Shah Alam
Tarikh: Sabtu 02 Muharram 1431 / 19 disember 2009
Masa: Program bermula dengan solat magrib sehingga tamat.

sumber :http://anishayati.blogspot.com/2009/12/dr-yusuf-al-qaradawi-datang-ke-malaysia.html

Monday, November 9, 2009

criminalise War

Jenayah kan perang. Sama2 renungkan dan selamat beramal..solihin
erm, boleh tahan juga persembahan mereka. Muhasabah ..betapa bersemangat shbt2 ana nih..solihin.





anak-anak yang comel.

Criminalise War

Jenayahkan perang.

Sedikit perkongsian maklumat tentang event ini.



Persembahan kanak-kanak di atas pentas. Lakon layar semula tapi apa yang dilakonkan adalah realiti. Ada antara kanak-kanak ni telah kehilangan ibu nya di medan jihad di sana.

hadirin yang hadir.

Wednesday, October 21, 2009

Ustaz Dan Gadis
Posted by asrul on Monday, October 12, 2009
Labels:

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam‘, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ini bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung...Ustaz tu terkedu sekejap.Bahaya budak ni.

Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”Gadis tu terkejut.

Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman.

Sebab Tuhan itu ‘baik’.Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam.Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.Saya rasa awak dah faham sekarang.

Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan.

copy from: http://penainsan.blogspot.com/2009/10/ustaz-dan-gadis.html

Wednesday, September 30, 2009

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah akan datang pertolongan ALLAH?". Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat. Surah Al-Baqarah:214

Thursday, September 24, 2009

Jutaan terima kasih buat sahabat



Assalamua'laikumWarahmatullah.




Entah kenapa hatiku sebak tiba-tiba di pagi syawal.

Ana buat semua ni kerana ALLAH dan kerana dikau sahabat ku..kata-kata lewat di YM dari sahabatku..Ya ALLAH dia sahabat ku yang sama-sama mahu membantu tanpa memikirkan apa natijahnya. Sukar untuk ku gambarkan betapa sebaknya hati.

Begitu juga coretan ini ana tujukan pada sahabat yang membantu ana dalam segala mcam hal. Moga ALLAH membantu dalam urusannya. Rasa terlalu banyak menyusahkan.

Ana tidak pandai berkata-kata untuk menyatakan jutaan terima kasih. Ana bersyukur di atas pertemuan ini. Tiada kata yang dapat mengambarkan ikhlasnya hati seorang sahabat. Hanya ALLAH dapat membalas.

mujur ada teman membantu
sokongan mu buat inspirasi
berpeganglah pada janji kita
agar terus istiqamah di jalan perjuangan



sahabat dalam kamu
ku tercari-cari cahaya
akhirnya, ku temui
sinar ceria di raut wajahmu

andainya alam ini mampu berkata-kata
pastilah pujian buat dirimu
di waktu itu, aku lah bertuah
punya sahabat sepertimu

ku bersyukur
kerna mengenali dirimu
ku harap, kita kan terus bersama
menempuh segala suka duka
moga kejayaan milik Islam






Nota:
Tulisan yang ana serongkan adalah senikata salah sebuah kumpulan nasyid di tanah air kita..

Wednesday, September 23, 2009

Aktivis

'kring..kring..kring.', telefon berbunyi. Assalamua'laikum ukhti imah, jawab khadijah.

"ukhti, ana blur ukhti. Iskh..iskh..rasa macam tak mampu ukhti nak teruskan",kata Imah

"ehm, ukhti releks..releks..nanti ana datang bilik anti. Ana di luar kampus ni. Afwan ukhti. Nanti kita jumpa kita makan banyak-banyak",..ujar Khadijah. Cuba nak menenangkan sahabatnya, disebabkan takda idea, entah apa-apa ntah yang di ajaknya.

Di dibilik Ukhti Imah.

"Assalamua'laikum ukhti, boleh ana menyibuk".? kata khadijah

Masuklah ukhti..iskh..iskh..menangis Imah sambil memeluk tubuh sahabatnya.

"Awat ni ukhti? Kita makan dulu sambil tgk video nak? Lepas solat zohor kita buat pengisian. Sekarang ni pengisian perut dulu. Ana tak sempat nak makan tadi. Ana tahu anti lapar juga kan",..ajak khadijah tak sudah-sudah dengan agenda wajibnya dengan makanan.

Selesai solat zohor dan bertilawah. Mereka memulakan bicara. Isu yang kecil namun kelak boleh menjdi masalah negara jika tidak di bendung.

Imah : Ukhti, kenapa org-org yang kita lihat tak menjaga aurat, senang cerita tak taat perintah ALLAH dikurniakan akal yang bijak serta bidang yang hebat-hebat.

Khadijah : Bukti statement anti apa?

Imah : Semalam ana menegur seorang muslimah tentang pakaiannya. Itupun dah santak kelembutan ana. Dah tu dia tanya, ana kos apa. Ana sebutlah bidang ana. Dia kata kalau setakat bidang mcm tu tak usah sibuk hal aku. Siap pesan lagi, jangan nak tunjuk baik. Ada ke patut.

khadijah : iskh tak patut betul. Urat ana dah tegang nih.

Imah : Dikelas ana pun ada seorang sahabat. Nak kata tutup aurat jauh sekali. Malu ana sebagai perempuan. Tapi dia dekan. Belajar pun sikit je. Biasiswa pula tu. Ana kesal ukhti dgn diri ana terlalu banyak persoalan di minda ana.

khadijah : Usah resah agar hati tidak gelisah. Musibah pada hati biasa berlaku. Untuk menguji keimanan, kesabaran dan ketabahan. Namun apa yang penting bagaimana kita memimpin hati ini agar musibah tidak menjadi bencana. Usah menghukum ketentuan ALLAH. Ana bidang kejuruteraan juga, mekatronik lagi power dari dia..hehehe (sifat ujub, jgn contohi)..tapi bukan hal ini menjadi persoalan. Mahukah kamu menjadi seperti muslimah tadi? Adakah hati kamu akan tenang? Perlukah kamu bertukar sepertinya hanya kerana takdir lebih baik menyebelahi nya? Tapi kita tahu ke itu takdir lebih baik untuk kita? Rujuk al Baqarah :216.

Mereka membacanya. Imah diam menangis sambil menundukkan kepalanya

Khadijah : Persoalan adalah pada hati. Memilih apa yang terbaik. Minta lah fatwa hatimu (hadith arbai'n :27). Namun ukhti, alangkah indahnya sifat sabar. Biarlah kesabaran itu datang kerana kemahuan kita bukan paksaan. Sabar dapat memacu kekuatan dan mengumpul tenaga untuk lebih bersemangat. Bila sabar itu hadir kerana kemahuan maka impaknya yang lebih baik besar. Tapi jika hadir kerana keterpaksaan, itu akan merugikan. Hanya kesakitan akan berpaut. Tak semestinya kesenangan itu bermakna seseorang tidak diuji. Boleh jadi ia lebih bahaya.
Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat, oleh yang demikian, maka kebanyakkan manusia apabila diuji Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku. Surah Al-Fajr:15

Imah : Kenapalah ana persoalkan takdir ALLAH. Sedangkan kita telah terlalu banyak menerima nikmat. Emms. ALLAH Maha Memberi, manakala kita manusia menerima. Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan...teringat ana firman ALLAH tentang ini...

wahai umat manusia , sesungguhnya janji ALLAH (membalas amalan kamu) adalah benar, maka janganlah kamu diperdaya oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan ) ALLAH( lalu kamu lalai dan menderhaka)..surah Fathir :5

Khadijah : Mungkin kita kena perbaiki cara dakwah. Juga cemerlang dalam pelajaran agar tidak menjadi fitnah ke atas jalan dakwah. Asal saja kita tidak menjadi punca permasaalahan sudah. Bukannya anti kena tendang dari universiti sebab gagal. Hanya soal kos. Tapi jika seorang aktivis diuji begini, janganlah persoalkan. Rezki depa pasti ada. Orang-orang yang sengaja nak memekak kan telinga dari hal-hal kebenaran akan mencari seribu satu alasan.

Imah : Apa yang penting ana tak kecewakan ALLAH dan ibubapa ana. Pasai apa pula ana nak down dan buang masa dengan kenyataan-kenyataan begini. Hehehe..

Begitulah kisah ringkas aweks di kampus. Hakikatnya menasihati diri sendiri lebih sukar dari memberi nasihat..bisik Khadijah dihatinya. Janji ALLAH sudah tentu benar, tapi janji kita pd ALLAH ..bagaimana?..diri ini bukanlah baik tapi buatlah yang terbaik


nasihat buat diriku..hamba yang lemah. Coretan kenangan di kampus 2007

Tuesday, September 22, 2009

Eid Mubarak


Salam Eid Mubarak

“Taqobbalallohu Minna wa Minkum.” (Semoga Allah menerima {amalan}dari kita dan dari anda)

Thursday, September 17, 2009

umi yang insaf


Ana memohon maaf sekiranya ada salah dan silap. Terkasar bahasa, termakan apa-apa tak sengaja segala perkara yang melibatkan hal-hal dunia dan akhirat. Kepada sesiapa yang tidak dapat memaafkan saya, saya tetap ingin memohon maaf. Pokoknya ana mohon kemaafan. Kesilapan ana sangat banyak..

Salam Eid Mubarak..Hati-hati pulang ke kampung. Jika ada orang yang tak dikenali bagi gula-gula jangan ambil, terus jerit tolong..tolong..

Tapi jika ada orang bagi duit raya pun jerit juga..Tolonglah bagi..tolonglah bagi lebih-lebih sikit...
hehehe

Pesanan dari umi, Rabiatul Adawiyah yang tak berapa clear bahasanya..Terima Kasih anakku solihin atas nasihat.

salam aidilfitri

AssalamuailaikumWarahmatullah

Saya mahu mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua yang mengenali saya. Maaf Zahir dan Batin bagi pihak umi saya selaku penulis blog ni yang kadang-kadang wayarnya putus. Kegilaan yang melanda sistem cpu umi sehingga sistem emosinya jatuh merudum. Inilah yang di namakan sindrom down. Keupayaan penerimaan sesuatu input iaitu apa jua dugaan yang datang umi sepatutnya tak perlu simpan walaupun dalam ROM.(it's can save data permanently)

CPU yang beroperasi sebagai otak adalah bahagian melaksanakan proses inspection perlulah dalam keadaan cool supaya emosi yang menjadi motherboard dapat melaksanakan pengarahan sehingga output pada paparan semuanya berunsurkan positif.

Mungkin ini disebabkan bidang mekatronik yang diambil di aplikasi dalam ICT. Kecelaruan dan keupayaan komunikasi kurang. ICT melibatkan network system yang memerlukan keupayaan komunikasi cinta pada rangkaian luar. Jika bidang mekatronik, hanya bercakap dengan mesin dan hanya menjaga hati serta perasaan mesin. Berbeza impak output yang dihasilkan..Hakikatnya umi ana tidak pandai berkata-kata..umi makhluk perasaan juga perasan

Hakikat hati berpunca dari bagaimana akal menerima sesuatu input agar output yang terhasil menghasilkan aura yang positif sentiasa.

Maaf zahir dan batin..I LOVE YOU ALL..kasih ALLAH sentiasa ada

Wednesday, September 16, 2009

di situ ada ketenangan


selamat menempuh hari-hari terakhir dalam bulan yang mulia, bulan ramdhan
kepala ku sakit ..kenapalah tetiba ni

Malam yang sangat tenang

Semalam entah kenapa mahu ku ceritakan
malam yang sangat tenang. Namun rasa gementar turut terasa hingga di pagi ni ingin ku ceritakan meremang tubuh ku.

Semalam dari masjid putra ana berpindah ke masjid tuanku mizan memandangkan terlalu ramai orang di masjid putra. Bagus ramai, ana suka namun terpaksa berpindah untuk memudahkan urusan. Alhamdulillah, hari-hari terakhir ramadhan yang sangat tenang. Gementar pun ada. Walaupun ayah tak dapat ikut, terpaksalah jua ana membawa kereta. Adik ana cukup takut ana memandu, entah kenapa. Ana rasa ana seorang pemandu yang berjiwa sentimental di jalan raya. Bukan seorang yang rockers..Tapi pandangan orang lain berbeza. Muhasabah di jalan raya.

ku mohon ampun dari segala kesalahan ku
segala kesalahan ku

Sunday, September 13, 2009

wahai diri ku,
bisakah dirimu menjadi anak yang solehah?
berat tawaran itu,
seberat gelarannya..

untuk melamar redha ALLAH
ketahuilah wahai diriku
redha umi dan ayah jua adalah redhaNYA.

Moga setiap langkah, perkataan dan prbuatan ku sentiasa dalam jagaanNYA.

Thursday, September 10, 2009


wahai diri ku,

kejarlah sebelum ajalmu tiba..

mencari malam lailatul Qadar
yang teringin ku temui
mendpatkannya hanya atas izinNYA

nasihat buat diri ku
carilah malam lailatul Qadar
moga dapat mencarinya
tu lah ana ni cari selimut pula

Wednesday, September 9, 2009

Ilmu, amal dan iman generator mukmin super.
Muhasabah diri...

Ya ALLAH

Agar diri lebih bersyukur
diriku yang terlalu banyak menerima nikmat
Ya ALLAH,
kurniakanlah aku lidah yang lembut basah sentiasa mengingatimu
hati yang khusyuk,hati yang penuh rasa syukur pada segala yang telah ALLAH berikan

Ya ALLAH,
tanpa keizinan MU,
apapun tak dapat aku laksanakan meskipun dalam beribadah,
ringankanlah tubuh badan ku,
khsyukkanlah hati ku,
tundukkan aku sehingga tertutup pintu-pintu takbur

Ya ALLAH
Mudahkan aku melaksanakan segala perintah mu,
izinkan aku mentaatiMU
jangan pernah tinggalkanku
kerana selama mana aku dalam kebaikan
tidak ALLAH dorongkan ke kejahatan
itu membuatkan aku tenang
kerana itu membuatkan ku tahu
bahawa Allah sedang mencintaiku
kerana aku mati tanpa cinta dariMU YA ALLAH.



umi yang tabah memberikan inspirasi pada anak-anaknya untuk lebih bersabar dan tabah..insyaALLAH

Monday, September 7, 2009


Wednesday, September 2, 2009

Berjalan sambil bermusafir dan mentafsir

Alhamdulillah, Maha Besar dan Maha Kasih ALLAH.
Ramadhan dah masuk fasa kedua. Sedihnya. Tenang je setiap malam. Alhamdulillah baby ku pun ikut sama ke masjid pada jumaat 28/8. Selepas sembuh, solihin ke masjid untuk memeriahkan malam ramdhan bersama-sama umat Islam yang lain. Hari pertama, solihin ke Masjid besi. bersama keluarga. Baik je anakku. Ramai peminat solihin, berjalan tanpa henti dan sangat ramah dengan orang lain. Inilah ciri seorang da'i yang kena ada sentiasa beramah mesra sambil mulutnya membebel.
Ku berpesan setiap kali kami ingin memulakan solat, Solihin tidur ye nak, kami nak solat. Sehingga selesai solat terawih baru baby bangun. Maha Suci ALLAH yang mengizinkan dan mengerakkan makhlukNYA.

Masjid Besi
Walaubagaimanapun, mungkin masjid besi kurang sesuai untuk kami, lagipun anakku solihin ikut dan tempat tak muat. Apapun yang penting ibadah telah terlaksana. Alhamdulillah.

Pada hari sabtu 29/8/09 kami ke masjid wilayah pula. Best masjid ni. Solihin adalah kanak-kanak paling aktif, berjalan tanpa henti. Pantang dipuji, hari tu solihin tak berhenti berjalan keliling masjid hingga umi dan ayah slesai solat. Ana tak solat berjemaah, mengikut anak yang sorang ni. Berjalan sambil mentafsir kejadian alam hanya bagi orang-orang yang berakal. Sabar je lah.
Masjid wilayah
Namun akhirnya , ana dah jumpa masjid yang paling sesuai. Rupa-rupanya yang paling sesuai adalah yang paling dekat dengan kita. Masjid Putra. Selesa dan ruangan atas sedikit orang solat. Solihin paling sesuai di sini. ana pun sama, rasa selesa. Yang dekat itu jua jawapannya. Terima Kasih Ya Allah. Dua hari di masjid Putra, solihin tidur. Alhamdulillah dengan izin ALLAH dapat menyempurnakan ibadah seperti ana bujang-bujang dahulu..di kampus. Cuma pahala mungkin berbeza, Seorang ibu..Hanya Allah yang tahu. Kita buat sahaja yang terbaik.


Masjid Putra

Masjid Pilihan di bulan Ramadhan tahun ni. InsyaALLAH. Moga Raih yang terbaik.



Biar pun dalam kehidupan kita ada berbagai dugaan tapi ingatlah akan saudara kita di Palestin. Walaupun dalam hidup ini kita tempuh berbagai dugaan tapi saudara kita disana sedang berjuang dan kita semua dalam misi berakhirnya agenda zionis. Usah difikirkan masalah sendiri sahaja kerana orang berjuang dia takkan rebah kecuali masa tidur...

Tuesday, September 1, 2009


Believe in miracles but don't depend on them.Better to understand a little than to misunderstand a lot.Don't limit your challenges, challenge your limits!

Believe in yourself, have faith in your abilities, without a humble but reasonable confidence in your power you cannot besuccessful or happy.

Moga mendidik diri mnjadi lebih baik.

Friday, August 28, 2009

Jemputan Ramadhan di Ambang Merdeka 2009

Ramadhan Di Ambang Merdeka 2009

Tarikh : 30/8/09 (Ahad)
Tema : Kemerdekaan & Pembebasan Bumi Palestin
Anjuran : Gabungan NGO-NGO seluruh Malaysia,PACE
Kerjasama : Kerajaan Negeri Selangor dan MBSA
Disokong oleh : COMPLETE


Tentatif Program 3:00pm - Konvoi kemerdekaan (JIMAJ dikehendaki menyediakan 5-
10 kereta)

Solat Asar

Tazkirah erti kemerdekaan

Pameran/Jualan

Pameran motor besar

Acara kanak2 & Remaja Penyampaian hadiah

7:12pm - berbuka puasa,solat maghrib,isya'&tarawikh

Multimedia - Jerusalem the promise of heaven & Free Gaza Movement

10-12pm tayangan multimedia
1,kemerdekaan&pembebasan bumi Palestine oleh Dr Hafidzi,
pengarah PACE

Tayangan multimedia 2 - COMPLETE : Boikot Israel Video Clip Pelancaran kempen boikot Israel peringkat negeri Selangor oleh Dr Kamarul Azahar Mohd Razali Ucapan wakil2 NGO,artis2 dan YB Dr Hassan Ali
Lagu kemerdekaan Muadz,
countdown Merdeka.

Doa Bersurai

from: aktivis selangor..

Jika sesiapa ada kesempatan datang ye. Ana tak dapat datang. Afwan..

Wednesday, August 26, 2009

Wahai para Ayah mari hapuskan org-org begini

Apalah dunia ni. Makin menyesakkan dada ana. Mahu ku hidup seribu tahun lagi untuk menyelamatkan semua mawar-mawar yang baik. Kurang ajar atau apa bahasa yang lebih kasar lagi. Mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Ya ALLAH lindungilah muslimah dimana jua mereka berada.
Berilah kekuatan pada mawar-mawar ini untuk melindungi diri.
Tumbuhkanlah duri-duri yang paling tajam buat mereka iaitu iman buat pelindung diri.
Maha Kasih ALLAH, aku lalai dalam berdakwah hingga saudari muslimah ku tercinta terkorban, benggong je rasa yer. Belum lagi cerita tentang mawar, mujahidah di palestin sana..gerammmmmmm.

Tarbiyah adalah jalan keluar
target pada semua tahap kefahaman
cukup mataku sakit
tekakku perit
telingaku berdesing
kepalaku berpusing macam kipas enjin
taknak lihat mahupun dengar lagi

bangkitlah wahai saudari muslimah ku
kita dibawah doa yang sama dan perjuangan yang sama
usah biarkan mawar yang subur menjadi layu
cukup menyesakkan dada
menyakitkan kepala..Jom gencarkan dakwah.Doa..doa..doa..
agar ALLAH menyelamatkan mawar-mawar tercinta ku

Bapa jadikan 4 anak mangsa pemuas nafsu

KUALA TERENGGANU 26 Ogos - Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Begitulah perkataan sesuai digambarkan buat seorang lelaki yang sanggup menjadikan empat anak perempuannya sebagai tempat pemuas nafsu.

Lebih malang, perbuatan kejam itu hanya terbongkar setelah mereka menjadi mangsa sejak 16 tahun lalu.

Kehidupan malang empat beradik itu bermula apabila kakaknya, yang kini berusia 23 tahun mula menjadi mangsa rogol bapanya sejak berusia tujuh tahun di rumah mereka di Kampung Pak Mentosa, Tembila, Besut.

Selepas beberapa tahun kemudian, suspek melakukan perkara sama terhadap adik-adik mangsa.

Sementara itu, ibu mereka yang menjadi tempat mengadu tidak dapat berbuat apa-apa apabila diugut untuk dicederakan.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk suspek terbongkar apabila dia cuba merogol anaknya yang berusia 15 tahun, April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri, berkata, berikutan itu, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, Sabtu lalu.

''Berdasarkan laporan yang diterima, pihak polis kemudiannya mengambil keterangan tiga kakak mangsa dan mengesahkan perlakuan kejam suspek.

''Pihak polis kini sedang memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol,'' katanya.

SUMBER" http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

HUKUMAN YANG SEPATUTNYA ADALAH KENA KAN KEJUTAN ELEKTRIK DENGAN VOLTAN YANG PALING TINGGI KAT POWER PLANT. TAPI SEBELUM TU BAGI MINUM ASID CAMPUR DENGAN MINYAK PETROL.

usah putus asa dari rahmat ALLAH



kecantikan yang abadi


selamat berpuasa unit IT, BHEUU...

Tuesday, August 25, 2009


Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan
Walaupun maut menjadi noktahnya
Kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain
biarpun tanpa bayangnya.


Wednesday, August 19, 2009

salam ramadhan

salam ramadhan buat teman-teman yang ku rindui

Dari kiri atas kak Huda,ana,Cahaya,Fatimah,Fairuz
Dari Kiri bawah, Akmal,Ain,Kak Khansa


Daripada Aisyah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu sama sekali tidak pernah memukul dengan tangannya, baik terhadap seseorang wanita ataupun khadamnya, melainkan di waktu beliau s.a.w. sedang berjihad fi-sabilillah (yakni di medan pertempuran melawan kaum kafir). Tidak pernah pula beliau s.a.w. itu terkena sesuatu yang menyakiti, lalu memberikan pembalasan kepada orang yang berbuat terhadap beliau itu, kecuali jikalau ada sesuatu dari larangan (larangan Allah yang dilanggar), maka beliau memberikan pembalasan kerana mengharapkan keredhaan Allah Ta'ala."

(Riwayat Muslim)

cantik juga gubahan ni..

Monday, August 10, 2009

tiada luka yang tidak dapat diubati

Dalam perjuangan, ku tahu kita tidak dijanjikan perkara yang indah-indah. Dugaan yang bertubi-tubi membuatkan setiap susuk tubuh yang berjuang merasakan indah apa jua rintangan yang dilalui. Berbagai hinaan, tangisan bahkan jiwa ni bagai dirobek hingga tidak mampu untuk berdiri.

Namun, inilah yang membangkitkan semangat dan iltizam. Jika ujian yang datang hanya mudah-mudah saja bagaimana iman kita akan teruji dengan hebat sekali. Bukan untuk meminta ujian yang berat tetapi sebagai pengubat hati buat luka yang kian parah.

Jika ditanya pada adik-adik di program motivasi yang pernah ku lewati tentang jika nak kembali ke masa lampau, saat yang manakah akan mereka pilih? Buat mereka yang tidak cemerlang SPM, kata mereka mahu saja ku kembali saat di tingkatan 4. Bagi mereka yang dapat CGPA rendah, katanya mahu saya masuk kembali ke semester pertama nak score setinggi mungkin.

Jauh di lubuk hati kecilku, ku tanyakan soalan yang sama pada diri. Saat bila ya aku ingin kembali. Teringin sekali aku kembali disaat pertama kali aku mengenal jalan dakwah, jalan yang mulia. Ku temui titik hidupku. Matrik KMK. Mahu sahaja ku berpatah balik ke saat itu. Dengan pengalaman yang ku ada sekarang mahu ku aturkan segalanya sesempurna mungkin. Disaat itu aku mengenali erti kata sebenar sahabat bukan yang melukakan seperti yang ku rasa hari ini. Diketika itu, kukenali hati yang benar-benar ingin berjuang bukan seperti hari ini yang sanggup menjatuhkan sahabat demi kepentingan sendiri. Penuh iri hati dan bersangka buruk. Mahu sahaja ku tinggalkan dunia disaat ini.

Di sebalik ujian terselindung hikmah, lebih mudah mendatangi orang-orang yang baru nak kenal dakwah. Bahtera penyelamat karangan Ust Fathi yakan, perlu di aplikasi isinya agar kita tak mudah lunyai bila dizalimi. Buat adik-adik yang akak baru kenal, usah cemari jalan yang mulia kerana pentingkan diri sendiri. Sabar dan ikhlas apa jua ujian yang telah ditimpakan kerana ALLAH jualah yang meringankan. Tiada luka yang tidak dapat diubati melainkan kita yang membuatkan segalanya menjadi parah. Moga meraih cintaNYA.


ruby@bheuu.gov.my
Buat ukhti dila yang ku cintai, aku rindu ingin menangis dibahumu...

Wednesday, August 5, 2009

Bisikan ketika solat


Betapa kurang asam yer syaitan yang sentiasa membisikkan agar manusia menyimpang dari rasa khusyuk.


Semalam kami solat berjemaah di rumah, ana, mak dan adik-adik perempuan ana. Baby main di tempat kami solat, sambil melaungkan allahuakbar. Baru umur setahun, begitu fasih berbicara. Comel je. Berjalan keliling kami di tempat solat. Harap baby akan jaga solatnya kelak bila dah besar nanti. Menjaga solat sepertimana menjaga cinta ALLAH, sentiasa terpelihara.

Iblis hanya mampu membisikkan namun iblis tidak mampu mengerakkan anggota manusia untuk melaksanakan apa jua misi jahat mereka. Manusia yang buat pilihan. Moga kita semua diberikan kekuatan untuk lebih mengikuti perintahNYA.

huhu, hari ni ana tak berapa sihat, adik ana maryam demam dan baby pula di rumah. malas bebenor nak kerja. Nanti tengahari nak balik lah. Kesian adik..

ruby@bheuu.gov.my

tiada kata kecewa bila berdoa

gambar kem ibadah seksyen 24


Bila Allah cepat makbulkan Doamu ,

Maka DIA Menyayangimu ,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu ,

Maka DIA Ingin Mengujimu ,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu ,

Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu , Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.


tiada kata putus asa dalam kamus hidup seorang hamba ALLAH

ruby@bheuu.gov.my

Thursday, July 30, 2009

Kem Ibadah syeksen 24

salam.


Pada 10 julai 2009 hingga 11 julai bertempat di sekolah seksyen 24 ALLAH S.W.T dengan kurniaNYA telah mengizinkan ana menghadiri suatu program kem ibadah. Walaupun ada anak kecil dirumah yang sukar untuk di tinggalkan namun ALLAH menguatkan hati untuk pergi. Umi ada tugas nak laksanakan. Urusan umat. Pada hari Jumaat setelah pulang dari kerja , ana ke pasar terlebih dahulu, al maklumlah kena lah siap juga kelengkapan di rumah. Setelah solat maghrib ana meninggalkan rumah memberikan kucupan terakhir buat anakku yang tercinta. Kamu akan menyambung tugas ini setelah umi tiada nanti. Pesan ku pada baby ku.


Mujur ayah sudi menghantar, sebelum tu pergi makan dulu dengan ayah di syeksyen 2. Di rumah ana dikenali sebagai umi, tapi di sekolah tu, ana hadir sebagai kakak fasi. lepas makan ambil sahabat seperjuangan ukht akmal dan fairuz yang turut menjadi fasi program nanti.

Alangkah gagahnya ukhti akmal dari subang, balik dari kerja terus on the way ke program. Alhamdulillah. Jangan lah kita disibukkan dengan urusan dunia hinngga urusan umat kita pinggirkan. Nasihat buat diri.




Setiba di sekolah, agak terpinga-pinga. Kelihatan seramai 200 ++ orang pelajar yang telah hadir ke program sedang bertemu ibu bapa mereka. Kelihatan ketua program Akh Asrul dan geng-gengnya dah tunggu di tengah dataran.Kemudian kehadiran akhwat lain kak Huda, kak Khansa', ukht ain, fatimah , mardiah dan cahaya juga sampai. Slot muhasabah akan bermula lepas tu. Sedikit blur apa yang terjadi. Mujur ukht khansa' dan akh asrul tak letih menjawab soalan. Maklumlah ana lemah sikit.



Setelah sesi perkenalan fasilitator , slot muhasabah bermula. Sedih dan sangat terharu. Menangis bersama adik-adik di situ. Muhasabah buat diri. Terdengar esakkan tangisan dari adik-adik. Maha Suci ALLAH yang membuatkan hati-hati ini tersentuh.



Lepas slot muhasabah. Solat tahajud dikenalikan oleh guru disekolah tersebut. Alhamdulillah, anak-anak ini bisa bangkit untuk bersama-sama menunaikan solat.

Hari aktiviti, hari yang penuh adventure, hehehe. Kesian ketua program dan pembantunya. Keletihan. Ana dah dapat kumpulan sendiri. 10 orang anak-anak kesanyangan ku. Mereka tak panggil kakak fasi, tapi memanggil ana cikgu. huhu. walau dah banyak kali diingatkan, panggil kak fasi agar kita lebih mesra. Rupa-rupa panggilan cikgu lebuh membuatkan mereka lebih mesra. Lewat di tengah jalan sebelum ke dewan ada seorang pelajar bertanya.. "cikgu, nama cikgu apa?'', katanya. "Nama cikgu Rabiatul adawiyah", pernah dengar tak lagu Rabiatul adawiyah",.kataku. Jawabnya, tak pernah cikgu.. huhu punah harapan ku nak menjadi orang yang perasan sekejap.





Waduh-waduh, habis penuh tepung. Tepung digunakan untuk mengenal pasti anggota yang mesti ada ketika sujud. Kumpulan ana sampai bergaduh, semua nak buat. uhhkk, tapi takpa, habis semua ana bagi buat. Bagus betul adik-adik akak ni. Selepas tu, aktiviti tressure hunt dan beberapa slot pengisian oleh setiap kumpulan. Kemudian aktiviti yang dikendali oleh ketua program JAR, jasmani, akal dan rohani. akhir sekali, tarian yang baru ana belajar matahari, menari bersama adik-adik sambil berfikir.

Selesai program, pelajar bersurai, bersalaman sesama sahabat, fasilitator dan guru. Alhamdulillah, maha enjoy ana hari tu. biarpun letih, namun puas dan terima kasih ya ALLAH kerana memberikan ku keizinan untuk bersama melaksanakan amanah MU biarpun dalam kepala otak ana ni banyak masalah.


Thanks ikhwah dan akhwat sekalian..

ruby@bheuu.gov.com