salam wbt

Monday, August 10, 2009

tiada luka yang tidak dapat diubati

Dalam perjuangan, ku tahu kita tidak dijanjikan perkara yang indah-indah. Dugaan yang bertubi-tubi membuatkan setiap susuk tubuh yang berjuang merasakan indah apa jua rintangan yang dilalui. Berbagai hinaan, tangisan bahkan jiwa ni bagai dirobek hingga tidak mampu untuk berdiri.

Namun, inilah yang membangkitkan semangat dan iltizam. Jika ujian yang datang hanya mudah-mudah saja bagaimana iman kita akan teruji dengan hebat sekali. Bukan untuk meminta ujian yang berat tetapi sebagai pengubat hati buat luka yang kian parah.

Jika ditanya pada adik-adik di program motivasi yang pernah ku lewati tentang jika nak kembali ke masa lampau, saat yang manakah akan mereka pilih? Buat mereka yang tidak cemerlang SPM, kata mereka mahu saja ku kembali saat di tingkatan 4. Bagi mereka yang dapat CGPA rendah, katanya mahu saya masuk kembali ke semester pertama nak score setinggi mungkin.

Jauh di lubuk hati kecilku, ku tanyakan soalan yang sama pada diri. Saat bila ya aku ingin kembali. Teringin sekali aku kembali disaat pertama kali aku mengenal jalan dakwah, jalan yang mulia. Ku temui titik hidupku. Matrik KMK. Mahu sahaja ku berpatah balik ke saat itu. Dengan pengalaman yang ku ada sekarang mahu ku aturkan segalanya sesempurna mungkin. Disaat itu aku mengenali erti kata sebenar sahabat bukan yang melukakan seperti yang ku rasa hari ini. Diketika itu, kukenali hati yang benar-benar ingin berjuang bukan seperti hari ini yang sanggup menjatuhkan sahabat demi kepentingan sendiri. Penuh iri hati dan bersangka buruk. Mahu sahaja ku tinggalkan dunia disaat ini.

Di sebalik ujian terselindung hikmah, lebih mudah mendatangi orang-orang yang baru nak kenal dakwah. Bahtera penyelamat karangan Ust Fathi yakan, perlu di aplikasi isinya agar kita tak mudah lunyai bila dizalimi. Buat adik-adik yang akak baru kenal, usah cemari jalan yang mulia kerana pentingkan diri sendiri. Sabar dan ikhlas apa jua ujian yang telah ditimpakan kerana ALLAH jualah yang meringankan. Tiada luka yang tidak dapat diubati melainkan kita yang membuatkan segalanya menjadi parah. Moga meraih cintaNYA.


ruby@bheuu.gov.my
Buat ukhti dila yang ku cintai, aku rindu ingin menangis dibahumu...

0 comments: