'kring..kring..kring.', telefon berbunyi. Assalamua'laikum ukhti imah, jawab khadijah.
"ukhti, ana blur ukhti. Iskh..iskh..rasa macam tak mampu ukhti nak teruskan",kata Imah
"ehm, ukhti releks..releks..nanti ana datang bilik anti. Ana di luar kampus ni. Afwan ukhti. Nanti kita jumpa kita makan banyak-banyak",..ujar Khadijah. Cuba nak menenangkan sahabatnya, disebabkan takda idea, entah apa-apa ntah yang di ajaknya.
Di dibilik Ukhti Imah."Assalamua'laikum ukhti, boleh ana menyibuk".? kata khadijah
Masuklah ukhti..iskh..iskh..menangis Imah sambil memeluk tubuh sahabatnya.
"Awat ni ukhti? Kita makan dulu sambil tgk video nak? Lepas solat zohor kita buat pengisian. Sekarang ni pengisian perut dulu. Ana tak sempat nak makan tadi. Ana tahu anti lapar juga kan",..ajak khadijah tak sudah-sudah dengan agenda wajibnya dengan makanan.
Selesai solat zohor dan bertilawah. Mereka memulakan bicara. Isu yang kecil namun kelak boleh menjdi masalah negara jika tidak di bendung.Imah : Ukhti, kenapa org-org yang kita lihat tak menjaga aurat, senang cerita tak taat perintah ALLAH dikurniakan akal yang bijak serta bidang yang hebat-hebat.
Khadijah : Bukti statement anti apa?
Imah : Semalam ana menegur seorang muslimah tentang pakaiannya. Itupun dah santak kelembutan ana. Dah tu dia tanya, ana kos apa. Ana sebutlah bidang ana. Dia kata kalau setakat bidang mcm tu tak usah sibuk hal aku. Siap pesan lagi, jangan nak tunjuk baik. Ada ke patut.
khadijah : iskh tak patut betul. Urat ana dah tegang nih.
Imah : Dikelas ana pun ada seorang sahabat. Nak kata tutup aurat jauh sekali. Malu ana sebagai perempuan. Tapi dia dekan. Belajar pun sikit je. Biasiswa pula tu. Ana kesal ukhti dgn diri ana terlalu banyak persoalan di minda ana.
khadijah : Usah resah agar hati tidak gelisah. Musibah pada hati biasa berlaku. Untuk menguji keimanan, kesabaran dan ketabahan. Namun apa yang penting bagaimana kita memimpin hati ini agar musibah tidak menjadi bencana. Usah menghukum ketentuan ALLAH. Ana bidang kejuruteraan juga, mekatronik lagi power dari dia..hehehe (sifat ujub, jgn contohi)..tapi bukan hal ini menjadi persoalan. Mahukah kamu menjadi seperti muslimah tadi? Adakah hati kamu akan tenang? Perlukah kamu bertukar sepertinya hanya kerana takdir lebih baik menyebelahi nya? Tapi kita tahu ke itu takdir lebih baik untuk kita? Rujuk al Baqarah :216.
Mereka membacanya. Imah diam menangis sambil menundukkan kepalanyaKhadijah : Persoalan adalah pada hati. Memilih apa yang terbaik. Minta lah fatwa hatimu (hadith arbai'n :27). Namun ukhti, alangkah indahnya sifat sabar. Biarlah kesabaran itu datang kerana kemahuan kita bukan paksaan. Sabar dapat memacu kekuatan dan mengumpul tenaga untuk lebih bersemangat. Bila sabar itu hadir kerana kemahuan maka impaknya yang lebih baik besar. Tapi jika hadir kerana keterpaksaan, itu akan merugikan. Hanya kesakitan akan berpaut. Tak semestinya kesenangan itu bermakna seseorang tidak diuji. Boleh jadi ia lebih bahaya.
Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat, oleh yang demikian, maka kebanyakkan manusia apabila diuji Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku. Surah Al-Fajr:15
Imah : Kenapalah ana persoalkan takdir ALLAH. Sedangkan kita telah terlalu banyak menerima nikmat. Emms. ALLAH Maha Memberi, manakala kita manusia menerima. Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan...teringat ana firman ALLAH tentang ini...
wahai umat manusia , sesungguhnya janji ALLAH (membalas amalan kamu) adalah benar, maka janganlah kamu diperdaya oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan ) ALLAH( lalu kamu lalai dan menderhaka)..surah Fathir :5
Khadijah : Mungkin kita kena perbaiki cara dakwah. Juga cemerlang dalam pelajaran agar tidak menjadi fitnah ke atas jalan dakwah. Asal saja kita tidak menjadi punca permasaalahan sudah. Bukannya anti kena tendang dari universiti sebab gagal. Hanya soal kos. Tapi jika seorang aktivis diuji begini, janganlah persoalkan. Rezki depa pasti ada. Orang-orang yang sengaja nak memekak kan telinga dari hal-hal kebenaran akan mencari seribu satu alasan.
Imah : Apa yang penting ana tak kecewakan ALLAH dan ibubapa ana. Pasai apa pula ana nak down dan buang masa dengan kenyataan-kenyataan begini. Hehehe..
Begitulah kisah ringkas aweks di kampus. Hakikatnya menasihati diri sendiri lebih sukar dari memberi nasihat..bisik Khadijah dihatinya. Janji ALLAH sudah tentu benar, tapi janji kita pd ALLAH ..bagaimana?..diri ini bukanlah baik tapi buatlah yang terbaik
nasihat buat diriku..hamba yang lemah. Coretan kenangan di kampus 2007
0 comments:
Post a Comment