Saturday, April 24, 2010

learning process

Assalamua’laikum Warahmatullah.
As usual, since morning until evening I will be at school. In the morning, my class is for stage 1 (combination class for standard 1, 2 and 3), in evening for stage 2 (combination of standard 4, 5, and 6). Quite difficult to cover the entire syllabus at the same time they are in different ages.

Alhmdulillah, from day to day, ALLAH give me strength to improve my knowledge. Lack of knowledge will not help me to gain and generate the ideas. Story about the prophet Muhammad s.a.w , Sirah , taddabur process of the holy quran and etc. A lot of experience I want to share and notice in my blog but a limited of time make me feel just like in a prison.

After school end at 6.30pm, in the night already full with the program. Alhamdulillah . How good this life. Thank you ALLAH. Surau al munawarah at section 13 always give the best with a lot of program, tafsir Al – Quran which conducted by Ustazah Maznah is the best program and Ust Abdullah patani (engineer – always related with engineering part in his speech when preaching about Islam. How smart he is even he already around 60 years old.) and etc. Sometimes the programs are clash and I have choose which one.

When the body failed to identify and inform your body to stop and take a rest, sometimes the system of the body will breakdown. Sometimes, I forgot to eat because I really enjoyed the learning and teaching process. Ya ALLAH, Very wonderful, YOU create a system of human body. Need to rest but can fulfill the 25 hour per day with a lot of programs at the same time need to take a rest by that YOU refill the power with energy .

just note for me as an important moment in my life.


I’m just like a child who is still in learning process.

Saturday, April 17, 2010

Mujahidah Islam, kuatkan langkahmu



Lihat pada bintang terasa nyaman


tuju pada angin mendengarkan salam


hala pada kapal melebarkan syiar Islam


risik pada hati masihkah berdenyut jihad dihati




Khabarkan pada iman


ia lah ISO pada tingkah kita


Beritahu pada Ilmu,


dialah mengubat enjin hati kita.




Upgrade iman dengan perisian ilmu dan amal


install Al-quran aplikasi pada amal


cpu akal seorang mukmin bertindak maksima


perlu di servis dengan muhasabah




Wahai saudari muslimah ku tercinta
pada dirimu ada sinar kekuatan islam
padamu terarah mata-mata musuh islam kita
Memusnahkan mu satu persatu
Kuatkan pertalian kita dengan saling mendoakan


Sampaikan dakwah hingga janin mu sudah bisa menjadi syuhada..
InsyaALLAH..

Sunday, April 11, 2010

Muhasabah Cinta


Bila berbicara tentang cinta

Hanya perkara indah yang terlintas

Bila bicara soal rasa

Erm sedapnya Rasa Mas

Namun bila berbicara tentang siapa

mulalah tergambar wajah sang kekasih


Namun hakikat cinta di hati ku milik siapa

Ya cinta ini milik siapa



adakah khusus untuk sang kekasih yang bergelar pemuja cinta

adakah isteri mu,suami mu,anakmu

mungkin kekasih yang dianggap jodoh yang ditetapkan Oleh Allah

atau tanah air tercinta mu


Meskipun sambal belacan yang menjadi keutamaan menu santapan

adakah cinta ibarat makan sambal belacan?

cinta pada kerjaya,

ilmu,

atau apa saja perkara sekeliling mu.


Cinta itu tidak dapat diuarai dalam bentuk fakta yang spesifik

kerana cinta itu bukan fakta atau falsafah

Cinta itu hidup

ya, yang menghidupkan hati samaada pada yang memberi cinta

atau menerimanya

tergantung pada pemilik hati untuk menganalisa dan membuat hipotesis cinta


Bagi ku

Cinta adalah suatu perasaan yang luar biasa yang menjadi anugerah ALLAH

Merasa aman walau apa jua keadaan

merasa indah setiap saat

kerana cinta disandarkan untuk pemilik cinta

Agar ana tetap tegar untuk merasa indah menempuh segalanya


Maaf kan ku Ya ALLAH andai membuatMu kecewa

Namun cinta Mu tak berbelah bagi

menemani ku disaat suka dan duka

paling memahami ku

paling dekat walau disaat ku bisikan dihati ku

indahnya Cinta MU

Begitu jua Nabi ku Nabi Muhammad S.A.W

yang cintanya telah di curahkan sepenuhnya sebelum adanya aku..


Alangkah indahnya cinta buat para syuhada
alangkah indahnya cinta kerana ALLAH
tak mampu di urai
hanya dapat dirasai oleh hati yang ikhlas memberi cinta

Saturday, April 3, 2010

teguran buat ana


teguran buat ana yang lemah.

Tarbiyah bukan segalanya namun segalanya takkan menjadi tanpa tarbiyah.

Allah sentiasa memberikan kita ingatan walau dalam apa bentuk jua. Lewat di jalan dakwah yang indah ini, semakin hari ALLAH mendidik hati ini dari satu fasa ke fasa seterusnya.Hidayah dan tarbiyah dari ALLAH sentiasa ada cuma bagaimana kita memahaminya.

Semasa dalam perjalanan untuk berhalaqah, ana terjumpa dengan sepasang suami isteri yang berketurunan Arab. Pada ketika itu, ana bersama shbat ana. Mereka bertanyakan tentang tempat untuk mereka pergi. Kami menggunakan bahasa english sebagai bahasa pengantara.

Semasa berbicara, ada words yang kami tak faham apa yang disebutkn. Berulang kami tanyakan untuk lebih memahami. Bukan kerana tak faham BI, tambah lagi sahabat ana adalah guru BI. Kami cuma ingin membantu sehingga letih makcik tu untuk tanya kami.

" why don't you speak in arabic? You are muslim. Easy for us to comunicate". she said.
Tersentak jantungku bagai tercabut. Teguran dari ALLAH.

I'm not proud be a teacher at the international school just because i'm teaching islamic education in English. Ya ALLAH i'm sorry. I should be master in arabic language because that is the choosen one language for Islam. ALLAH choose the language also my prophet Muhammad s.a.w.

Not much i know arabic language just the basic. When i'm studied at UTM, last semester i took arabic language because I need in dakwah. Very usefull. Ana lah pelajar yang paling tak pandai dalam kelas tu. Senang cerita budak tadika lagi pandai.

Normally, student will take the language subject to upgrade their pointer but I took this class because totally I don't know. Just like a small kid. Ustazah nor hafizah musa is my teacher. She very understood what I going through. My main subject on that time is hard. Mechatonic is not easy for me.
But I believe Arabic language is a special language and it’s can’t be a difficult language to learn because ALLAH will not let HIS servant going to hard way be a mukmin super..
In every single day, ALLAH give and ALLAH show us the right way to face this life. I’m very grateful be a Muslim. Know about Islam make our life easy and meaningful. InsyaALLAH.

Now I’m teaching Arabic Language but in English. Oh ALLAH.Help me. I’m weak. I discuss with my principal to stop being a teacher. I’m not good enough to hold this position. But they just ignore me. We will not do that rabiah. You must confident with yourself.

Hahahaha..tak larat dah nak terangkan pada mualimah apa yang ana rasa. Berbuih mulut ni menasihati mereka. Tapi mereka menasihati ana. Mereka tak jemu ajar ana. Mendidik ana menjadi guru.

Ya ALLAH, terima kasih ya ALLAH. Dulu ana berhenti kerja kerana dapat sambung belajar dapat tajaan pula sepenuhnya untuk jadi guru. Ana tak dapat pergi kerana ada perkara yang lebih perlu.
Ketepi kan hasrat untuk memberi pada orang yang tersayang. Rupa-rupanya Kasih sayang ALLAH lebih tinggi untuk difahami. Allah, sentiasa bersama, paling memahami ku, ALLAH yang paling mencintai tempat luahan segala kesedihan..segala-galanya ALLAH.

Ana tak layak menjadi hamba Mu ya ALLAH...Bahkan berada di barisan pendakwah yang lain pun ana tak layak. Ku terima segalnya. Hati dan telinga sudah lali dengan kutukan. Biarlah segalnya asal ALLAH bersma. Cuma ingin ku luahkan. Meskipun ana tak layak tapi ana tidak mampu meninggalkan indahnya jalan dakwah. Mati sebelum mati. Kemiskinan azam dan tekad, kesungguhan yang sedikit itu merugikan adalah lebih baik memilih membunuh diri.

Hahaha...Bring me to YOUR LOVE ALLAH.

Friday, April 2, 2010

temp ..blow

Assalamua'laikumWarahmatullah.

Malam ..sudah melabuhkan tirai.. tetapi masih gagal memejamkan mata meskipun kepala ku sudah berpusing mcam gasing da..

Genap sebulan kereta abng tersadai di workshop gara-gara ku..Bawa kereta sampai over temp. di pagi Ahad, ana bersama umi, anak dan adik ke kuala lumpur untuk menghantar umi ke klinik. Sakit badan dan perlukan injection di sebuah klinik di keramat, klinik Ahmad nizam.

Balik dari KL, umi teringin sate kajang di highway Max. Huhu, sedap sangat sate di situ. Maka dengan izin ALLAH kami dapat kesana. Syoknya rasa Mas..huhu bawa kereta di highway Max..feel yer best sangat bagai dunia ana yang punya. Tang bukit press.. laju je. syok betul.
sampai terlajak sikit kat simpang masuk.

selesai makan sate, solat zuhur dan tiba masa pulang ke putrajaya. On the way ke putrajaya, umi nak jumpa ayah di bandar sri putra, ayah yang menjaga restoran yang berdekatan di Kuis. Terdetik di hati ni..ada kenangan disana. Sangat manis.

Maka dengan kenyakinan yang blur..oh senang je nak kesana, insyaALLAH. maka dari putrajaya pergi lah ke sana. Entah macam mana ana termasuk ke ukm bangi.call ayah, suruh patah balik. ana ke sana ikut direction dari ayah, tapi ayah ingat kami dari kl,sedangkan kami kat putrajaya. salah faham. maka kami balik ke pangkal jalan balik ke putrajaya ikut jalan belakang.

sampai di putrajaya, umi menyatakan hasratnya lagi nak jumpa ayah juga. oklah, kita ikut highway insyaALLAH senang.

Dalam perjalannan teringat kenangan lama kesana ( bandar seri putra ) dan ke kuis dengan komuter. dah lama tak ke kuis tak sangka ayah kena jaga restoran di sana, dekat pula dengan kuis. Semasa di highway, fikiran ku melayang sambil mendengar cerita umi di sebelah dengan kelajuan kereta yang sama.

Tiba-tiba ..Ya ALLAH sampai ke tol nilai. Ya ALLAH terlajak jauh. Padan lah terasa lama perjalanan. masuklah ana ke tol nilai untuk mencari short cut patah balik. Entah kenapa kepala ana blur dan boleh keliru. Dalam cpu ana ( fikiran ) , ana nak ke bandar seri putra tapi ana pi cari usim bukan kuis. Ya ALLAH, mcam mana boleh keliru. Dah lalu nilai 3 , termasuk usim bagai ada sesuatu disana. Macamana boleh keliru..pelik dan jauh bunyinya. pening terperangkap di nilai bagai dikurung di bumi nilai. Nak patah balik cari sign board kl, termasuk semula nilai.

Ya ALLAH, ada sesuatu yang Allah nak beritahu ke. Ana blur mencari jalan hingga tak perasan tempt naik..hingga asap keluar dari bonet depan. Ana termasuk jauh ke pajam nilai.

Kesian umi di sebelah, anak anak yang keletihan. Kereta mati di tepi jalan. Alhamdulillah ramai yang nak menolong. Ana terus call ayah dan macam biasa..leteran dengan frekuensi yang sama. ..kereta telah berehat .Alhamdulillah, ALLAH mematikan enjin betul2 di tepi jalan bukan di tengah, alhamdulillah kereta tidak meletup. syukur.cuma silinder enjin bengkok, dan asap yang putih keluar dari enjin depan membuat kepulan-kepulan awan yang cantik..
terlantar di pajam nilai..."ayah tak pernah pernah sampai sana ", kata ayah. Jawab didalam hati ini, sebab ALLAH izinkan saya sampai disini yah.Allah telah memilih ku..alhamdulillah.hehe.

Niat untuk jumpa ayah tapi ayah yang kena cari kami..hehhe. Ramai orang berhenti. Sampai ada yang tegur , ini kereta racing ni pakai meter turbo..tak kena dengan si pembawa yang ayu bertudung labuh. hehe. Buat malu org tuduh labuh je. Don't jugde a book by it's cover..hehe sesuai tak..

Ya Allah, kami belum solat asar lagi, ayah belum tiba , hari makin malam nak masuk maghrib. Pada ketika itu hanya berharap dapat menunaikan solat sebab bagi ana jika ALLAH sayang, ALLAH akan jaga kita dengan mudahkan kita melaksanakn perintahNYA. Gelisah sedih dan hampa jika ALLAH tak izinkan.

Alhamdulillah, ayah sampai 6.15ptg dan kereta kami tinggalkan sementara truck datang, kami mencari masjid , alhamdulillah dapat menunaikan solat. alhamdulillah, tapi anak ana active seperti biasa. Mengembirakan hati semua.

Sehingga ke malam, kami menunggu truck datang, untuk tarik masuk ke bengkel kereta di keramat KL. Mujur sahabt ayah sudi membantu memandangkn esok adalah tahun baru cina, pakcik cina pula yang tarik. Bagus juga, mengelakkan dia meraikan sebuah perayaan yang sememangnya tak wujud.

dalam perjalanan pulang, ana mengumpulkan tenaga sepenuhnya untuk mengahadapi abang ana. Di benak fikiran ku, leteran apakah yang bakal ku terima. Ana tak kisah sangat sebab benda dah jadi. Alamk malulah. sebab biasanya ana war-war kan kalau lesen L = lelaki/ lambat. Manakala lesen P=perempuan / professional. Huhu..takpalah

Masuk ke rumah, ana beritahu dan abg tak ckp apa2. Sampai esok..esok..esok..esok..dan esok..sampai hari dia kerja...kena naik bus. Ana tak dengar leteran yang ana telah gambarkan. Aik..bgus jugak hehe. Mungkin dia dah masak dengan adiknya atau dah hangit. Mungkin juga kesesuaian ayah meletakkan nama Abdul Halim Mustaffidi. Mustaffidi ana tak tahu maksud apa dalam arab.. tapi Halim ana tahu..lemah lembut. Haha..nasib baik ayah terfikir nak bagi nak bagi nama abdul Halim padanya, hamba Allah yang lemah lembut. Barulah sesuai..hehe..ana yakin nama tu mempengaruhi keselamatan kita disaat-saat kecemsan. InsyaALLAH

Sebenarnya tergantung pada diri kita masing-masing. JIka nama Rabiatul Adawiyah mestilah ada didikan dan selalu muhasabh ye..hehe .. kalau nama bawang putih pun jika didikan baik meskipun bawang, tetap menjadi cantik kan. Tergantung pada amalan.

cukup setakat ini..sekadar coretan kesan mata yang gagal melelapkan mata. Usah ambil iktibar , ini sekadar kenangan tulisan tika akal ku tidak stabil..
jzklh

bertahan..hingga akhir

Ya Allah..
best nyer pengisian ust zahazan ..di halaqah

tak sanggup ke bilik air..

akhirnya dah habis..