Saturday, December 30, 2006

buat saudari yang dicintai

Sahabat, wahai saudari muslimah ku
Kukuhkan dirimu di medan tarbiyah,
Ramadhan menjadi medan terbaik untuk mendidik hati.
Namun tidak bermakna berlalunya ramadhan
maka berlalulah segala bentuk usaha untuk mendidik hati
agar tidak lemah hati mu untuk mengahadapi medan ujian kehidupan.

Beritahu pada nafsu mu, tunduklah pada perintah ALLAH.
Beritahu pada perasaan amarahmu agar lebih tenang
khabarkan hikamat di sebalik kesabaran,
Didiklah hatimu untuk mencintai ALLAH
agar terbinanya perisai kekuatan untuk menghadapi musuh-musuh Islam
yang sentiasa ingin menghancurkan maruah mu
wahai puteri-puteri pembela Islam.

Hiasi dirimu dengan akhlak mulia,
tabahkan hatimu tika diuji kuatkan azammu kerana ALLAH.
Janganlah bersedih kerana segalanya akan berakhir.
Semoga di pengakhiran nanti diri ini pergi disaat hati mencintai ALLAH.

Sahabat ketahuilah dirimu amat berharga buat Islam wahai saudari muslimah ku.
Jangan biarkan apa yang seperti yang dipaparkan dalam gambar terjadi lagi.

buat sahabat yang dicintai



Sahabat tika kita diambang perselisisihan
Ada harta yang paling berharga akan kita korbankan
Harta yang dikurniakan ALLAH buat hamba-hambanya
yang merindukan syahid dijalanNYA
Harta itu ibarat nyawa buat kita
tika mana musuh-musuh ALLAH ingin memusnahkan kita
Harta itu jugalah yang membuatkanku bertuah menjadi seorang Islam
Menjadi tenang tika keseorangan
Menjadi tabah tika menghadapi dugaan jatuh bangun dalan perjuangan
Kerana dalam diri seorang hamba kepada ALLAH
Ada nikmat iman dan Islam

Namun sedarkah wahai teman seperjuanganku
disebalik tabir nikmat itu ada harta
Harta buat jiwa-jiwa yang turun berlaga dijalan ALLAH
“ukhwah”…..adalah harta buat kita yang dikurniakan ALLAH
Tanyalah pada hati yang tulus dan sepenuh taqwa kepada ALLAH
Jika tiada jumpa jua jawapan maka nantikanlah perpecahan

Puaskan hati mu bilamana tercapai cita-cita melihat derita sahabat mu
Menyapa-yapa mengharap teman kembali dalam perjuangan
Masihkah lagi di kotak ingatan waktu sama-sama ditarbiyah
Nyawamu,nyawaku jua
Penderitaan mu penderitaan ku jua
Bimbang andai ada yang tercedera
Tidak mahu ada yang berduka
Namun segalanya tinggal kenangan
ingin ku beritahu betapa sakitnya keseorangan
Inginku khabarkan betapa peritnya hatiku menghadapinya

Bagiku
Walaupun seribu rintangan dijalan dakwah bakal aku hadapi
Biarpun airmata darah yang perlu dikorbankan
Biarpun jiwa kian terkorban
Adalah lebih aku sanggup hadapi daripada kehilangan sebuah ikatan ukhwah
Kerana ikatan ini amat berharga buatku
Merasa kebersamaan dijalan ALLAH
Membuatkan ku bahgia
Membuatkan ku kuat meneruskan perjuangan

Telah ku ungkap segalanya
Namun hati lebih pandai berbicara
Kerana hati yang mengahadapi segalanya
Kerana hati telah puas menangis
Kerana hatilah yang telah banyak berdoa padaNYA
Kerana hati lebih memahami erti kasih sayang
Kerana hati yang menghubungkan antara kita melalui rahmat dan kasihNYA
Tanyalah pada hati…dengarkan luahan hatimu
jangan biarkan bisikan hasad menganggu fikiran meracun lagi
Tapi tanyakan pada taqwa dengan sepenuh kerendahan hati hingga lisanmu mampu berbicara
“Dialah sahabat ku, teman seperjuangan ku,
Jangan bersedih lagi sahabat ku
Takkan kubiar dirimu menangis sendirian”…
Moga kuperolehi nikmat ini sebelum aku pergi mengadap Ilahi……

kita bukan robot yang tidak bisa memahami
andai masih juga tidak dapat merasainya bahkan tidak merasa sedih pun
janganlah buat nabi kita nabi Muhammad s.a.w bersedih
pasti baginda sedihkan…
artikel ini buat pengubat hati walaupun saya tidaklah begitu arif dalam menyusun kata
Allah akan menguji pada titik kelemahan kita bilamana ukhwah adalah titik itu maka hati perlu bersiap sedia. Allah Maha Mengetahui kerana ALLAH menguasai segalanya..

Friday, December 29, 2006

isu murtad



Barangkali sensor untuk mencegah kemungkaran dah rosak hingga ada yang mempertikaikan soal murtad bukan soal kita bersama.Agaknya mesti di alirkan arus untuk kejutkan orang-orang sebegini dengan 'kejutan electric' disamping penggunaan voltan yang tinggi.Maka jika mengikut ilmu kejuruteraan kalau pintu automatik pun boleh detect ada nya orang nak lalu manakala mesin basuh pun boleh melaksanakan tugas seperti yang diharapkan inikan kita yang mudah melahirkan rasa syukur dengan meletakkan isu murtad suatu perkara yang biasa dan bukan hal kita umat Islam bersama? Mana sensor keimanan kita yang sepatutnya bertakhta di hati kita. Janganlah meletakkan martabat kita lebih teruk dari mesin.

Sahabat yang dihormati.

Alirkan lah keindahan Islam dalam diri agar hati yang rosak bila melihat indahnya Islam akan pulih kembali. Setiap kita main peranan. Setiap saat tak kira dimana. Saya ingin berpesan kepada diri saya dan sahabat-sahabat saya yang wanita. Jagalah dirimu wahai kaum wanita. ada mata-mata jahat yang memerhatikan kita.Ingatlah sahabat, tarbiyah , beramal dan sampaikanlah pada kaum wanita yang mesti di bimbing dari masa kemasa. Dalam perancangan zionis ana tak berapa ingat tapi perancangan untuk jatuhkan Islam antara "musnahkan muslimat maka mudahlah untuk musnahkan umat Islam".

Kenapa?mudah saja. Dari rahim kita lah akan lahirnya seorang pejuang atau bukan. Lihat sahaja pengeksplotasian wanita bermacam-macam dan kepada muslimin pula ingatlah musuh-musuh Islam tidak akan takut bahkan meletakkan martabat Islam itu lebih rendah sekiranya waktu subuh tiang lebih banyak dari orang. Maksudnya tak ramai yang solat subuh berjamaah.
Apa jalan penyeselaian atas apa yang berlaku? Tak lain dan tak bukan jalan tarbiyah.

wallahualam.

Anak-anak istimewa

Tempoh hari ana ada program bersama anak-anak istimewa. Ya istimewa. Mereka terdiri dari anak-anak yang kurang dari segi fizikal dan ada yang kurang dari segi mental. Namun mereka cukup mengajar ana erti sebuah persahabatan, ukhwah dan kasih sayang. Mereka saling jujur dan ikhlas antara satu sama lain. Ana rindu pada mereka kerana anak-anak ini bisa memahami malah melahirkan kejujuran dan kasih sayang hingga terlahir di kaca mata mereka membuatkan sesiapa yang merindukan ikatan ukhwah yang penuh dengan kasih sayang bisa mengalirkan airmata.

Mereka saling membantu antara satu sama lain seperti satu keluarga. Bila saja ada diantara mereka yang menangis maka datanglah yang lain untuk memujuk. Mereka sangat menyayangi antara satu sama lain hingga tidak sanggup apatah lagi melihat shabat mereka menangis. Dalam program ini, ada pertandingan kutip gula-gula untuk kanak-kanak istimewa. Disaat sebelum bermulanya pertandingan setiap mereka mahu mendapatkan gula-gula yang banyak. Namun ada yang hampa lalu terus manangis kerana tidak dapat gula-gula. Ana melihat anak-anak kecil ini saling memujuk antara satu sama lain. Ada di antara mereka yang dapat gula-gula tadi menyerahkan gula-gula pada sahabat yang menangis tadi. Berbeza dengan anak-anak biasa. Pertandingan yang sama untuk anak yang normal. Selesai saja rebut gula-gula mereka tak kisah siapa diantara sahabat mereka yang dapat dan tak dapat. Mungkin kerana takda yang menangis dapat gula-gula. Murninya hati anak-anak istimewa.Walaupun mereka tidak sesempurna mana namun mereka cukup mengajar ana bahkan mendidik hati agar saling berkasih-sayang. Inilah kisah dunia mereka yang cuba ana lakarkan pada sebuah kehidupan agar hubungan murni mereka dan ikatan mereka bisa menjadi pengubat bagi sesiapa yang merindukan kasih saying serta ketulusan dalam persahabatan.

Walaubagaimana sekalipun di jalan dakwah pasti ada yang kehilangan teman-teman yang tidak mahu bersama. Maka janganlah lemah kerana ukhwah tidak pernah terputus walau bercerai jasad dan nyawa. Bila hati terluka maka umat Islam akan menjadi lemah. Maka dengan Keutuhan jiwa berimanlah yang memberikan kekuatan pada kita untuk tetap saja. Harapan masih ada. Lihat saja bila berlaku isu murtad dan sebagainya kita mampu duduk semeja mengeluarkan idea-idea yang bernas untuk membentuk benteng pertahanan malah saling membantu mengumpulkan tantdatangan.AlhamduliLLAH. Moga ikatan ini terus berkekalan.