Saturday, September 15, 2007

sekadar sebuah cerita di Shah Alam


Peristiwa di Bukit Cerakah (ukhuwah)

Tempoh hari sebahagian pelajar KUPTM di Shah Alam telah mengadakan aktiviti riadah di Bukit Cerakah yang mengundang seribu satu pengalaman yang cukup indah. Hikmah di sebalik setiap kejadian dalam kehidupan sehari-harian kita hanya dapat di nilai dengan mata hati bukan sekadar pandangan mata kasar barulah dapat kita aplikasikan untuk muhasabah diri.

Setelah seharian berbasikal dengan masing-masing mempunyai skill dan gaya tersendiri tibalah masa untuk makan yang menjadi aktiviti pilihan ramai. Kami berehat di sebuah tempat rehat untuk menikmati makanan. Kehadiran kami rupa-rupanya mengundang beberapa ekor beruk yang tertarik dengan masakan yang kami bawa. Berselera tinggi haiwan zaman sekarang. Tapi kami buat-buat tak bersalah menyantap di pondok meskipun telah di beri amaran yang mana salah seekor beruk telah menarik periuk nasi kami. Sudahlah tak pulangkan kembali untuk mengucapkan terima kasih hanya dicampak ke tepi periuk tersebut. Tapi kami tak mengharapkan ucapan terima kasih. Mujur tak ambil terus masuk dalam hutan.

Seekor demi seekor datang. Mata beruk yang meliar seolah-olah sedang memasang strategi. Penjuru pondok tadi di kelilinggi empat ekor beruk yang memerhatikan kami. Dengan semangat waja, penuh keberanian walaupun masing-masing ada sedikit kerisauan kami terus selesaikan makan. Rasa pelik apabila keempat-empat ekor beruk tadi pergi meninggalkan kami tanpa serangan atau ancaman.

Sangkaan kami silap, mujur semua makanan telah selesai dikemaskan. Beruk-beruk tadi datang kembali. Bukan seekor tapi berpuluh-puluh. Mak, anak sedara, pakcik, anak buah atau apa sahaja gelaran bagi keluarga beruk itu datang. Tak sangka meskipun nak makan beruk-beruk tadi tak rembat semua makanan sendiri tapi memanggil semua ahli keluarga yang seangkatan. Terlihat mak beruk yang menyusukan anak, mengendong anak, beruk-beruk yang kecil berlari keriangan. Wah begitulah aku yang memahami perasaan beruk.

Kami mengambil keputusan untuk beredar dari situ sebelum menjadi mangsa keadaan. Serangan dalam keadaan mendesak dilancarkan. Sahabat kami yang membawa keretanya segera membawa keluar semua barang-barang kami. Dalam masa beredar, telihat seekor beruk yang sangat besar antara beruk-beruk yang lain. Mereka seolah-olah dalam satu barisan. Menunggu kehadiran ketua terlebih dahulu baru menyerang. Nak makan pun tidak sendiri. Inilah kejadian yang ingin saya cerita, bukan lakonan tapi reality cuma tiada pengarahnya kerana inilah kejadian dan ciptaan ALLAH yang terlindung hikmah yang hanya dapat dinilai dengan nilaian mata hati betapa berkasih sayangnya beruk-beruk itu sampai nak makan pun satu hutan dipanggil.

Sekadar sebuah cerita…

0 comments: