salam wbt

Saturday, September 15, 2007

moga diriku istiqamah



Assalamua’laikumWarahmatuLLAH

“ Sesunguhnya iman yang berada didalam hati kamu menjadi lusuh sepertimana lusuhnya pakaian. Oleh itu mohonlah dari ALLAH Ta’ala Supaya Dia memperbaharui iman di dalam hati kamu.” [ 1 ]
(Diriwayatkan oleh al-Tabrani dan al-Hakim)


Sahabat yang dihormati,

Selalu kita dengar bahkan didedikasikan kata-kata bahawa ‘iman tak dapat diwarisi’ dalam petikan lagu nasyid.[2 ] maka janganlah berasa hairan sekiranya antum pernah mengetahui ada kes-kes murtad yang melibatkan mereka yang bukan calang-calang background agamanya kerana yang membawa lagu ini ialah kumpulan Raihan bukan hairan.

Apa puncanya? Tepuk dada tanya iman. Tapi jangan tepuk sahaja kita perlulah fikirkan dan carilah jalan keluar bagaimana untuk mengatasi masaalah ini. Di samping doa yang kita saban hari panjatkan kepada Allah namun apa resolusi untuk menghadapi dugaan dan cabaran ini.

Seorang sahabat pernah memberitahu saya yang beliau bimbang untuk belajar agama Islam dengan dalam kerana bimbang tersesat yang mana beliau menyifatkan bila mengikuti suatu gerakan Islam akan sesat. Inilah salah satu contoh yang mungkin satu dalam seribu pandangan dari pelajar sekolah agama. Pasti ada sebab kenyataan beliau apatah lagi kebelakangan ini banyak gerakan yang sesat tambahan pula dengan adanya kes-kes murtad yang melibatkan mereka yang berjurusan agama meskipun segelintir yang terlibat namun impaknya amat besar. Maka sentiasalah berdoa pada ALLAH agar kita ini sentiasa berada dijalan ALLAH di posisi yang benar.

(Mereka berdoa) : “Ya Tuhan kami janganlah Engkau jadiakn hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepda kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia.
Surah Ali-Imaran: 8

Disamping doa, hati ini perlulah tulus dan ikhlas semata-mata kerana ALLAH. Buangkan segala macam berhala yang menganggu di hati kerana keikhlasan akan memberikan kuasa bahkan sebagai penjana pada kita untuk terus berjuang. Kerana Islam ini agama yang hebat, tulus, benar maka orang –orang yang dapat memilikinya adalah insan yang punyai hati yang tulus dan ikhlas untuk memahaminya. Keikhlsan cinta kepada ALLAH akan mengahasilkan buah keimanan yang impaknya meberikan kekuatan pada kita untuk terus berusaha menyinarkan hati-hati manusia yang lain dengan cahaya ALLAH kerana tiada resolusi lain selain jalan tarbiyah. Umat manusia perlukan tarbiyah. Mereka ketandusan. Adakah cukup hanya kita sahaja yang beriman? Bolehkah kita hidup dengan keadaan umat yang rosak? Mahukah lagi kita biarkan seorang demi seorang umat Islam di tarik keluar dari Islam? Solutionnya bukan sekadar demonstrasi, kutipan tandatangan, atau menang 2-1. Jalan keluarnya adalah kembali sebenar-benar pada Islam melalui jalan Tarbiyah.

Silaplah jika mengatakan semakin kita faham Islam semakin dekat kita dengan takutnya terpesong. Islam itu indah, mudah, nikmat, lazat bahkan nikmat nur keimanan tak bisa ditukarkan dengan nikmat apapun. Semakin kita memahaminya mengikut acuan ALLAH pasti kita akan merasai kenikmantanya..

“ Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (ALLAH); (tetaplah atas ) fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH. Itulah agama yang yang lurus tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui,’’
Surah Ar-Ruum : 30

Apa sebab murtad? Apa sebab rasa susah? Sebabnya mudah, bilamana Islam tidak di aplikasikan dalam kehidupan mana mungkin nak rasa kenikmatannya. Solat pun tidak menepati spesifikasi yang ALLAH perintahkan, hati yang terlalu degil untuk laksanakan perintah ALLAH mana mungkin nikmat iman dan Islam itu dapat dirasai. Adakah kita sekadar mengaji tetapi tidak mengkaji?. Lepas tu salahkan Islam ini dan itu tak betul. Wahai umat Islam, ALLAH berikan agama yang terbaik buat kita. Kenapa mesti membuangnya. Inilah akibatnya ambil Islam separuh-separuh. Masuklah Islam sepenuhnya.

“Hai orang-orang yang beriman masuklah kamu kedalam Islam secara Keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan . Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”.

Surah al-Baqarah: 208

“ Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada ALLAH), iaitu diturunkan dari ALLAH yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi,.”
Surah Thaahaa :2-3


Nabi Muhammad S.A.W tetap sahaja cuba menempuh bebagai dugaan dan cabaran demi umat yang dicintai. Siapa umat baginda? Kita sahabat. Adakah untuk sia-sia? Tidak sahabat, tapi agar kita tidak berada dalam kesesatan. Agar yang lemah mendapatkan hak, agar tiada lagi kes-kes anaiya seperti rompak, zina, rogol dan sebagainya. Adakah ini agama yang menyusahkan? Inilah hakikatnya, kita mencari nahas sendiri. Bahkan dengan Islam lah seseorang itu mulia.


“ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada ALLAH. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; diantara mereka ada yang beriman dan kebanyakkan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
Surah Ali-Imran- 110

“Dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang zalim melainkan kerugian”.
Surah Al-Israa’ : 82

Bila benar-benar memahami Islam kita akan lebih mencintai diri sendiri dan tidak akan mendorong diri kita kearah perkara-perkara maksiat. Kita selalu ingin mencintai orang lain tapi sebelum kita mencintai orang lain, cintailah diri sendiri agar kita tidak membiarkan diri kita musnah. Namun bagaimana nak merasai cinta pada diri sendiri jika kita belum mencintai ALLAH.

Dengan adanya cahaya Islam didalam hati maka impaknya akan diaplikasikan dalam diri. Ikutilah rasuluLLAH sepenuhnya. Kegemilangan Islam akan kembali semula jika kita mengikut flow yang telah baginda ajarkan jika kita benar-benar mengharapkan rahmat ALLAH.

“ Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bai orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan ( kedatangan ) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH”
Surah Al-Ahzab :21

Tunjangnya akar aqidah akan menghasilkan akhlak yang mulia. Inilah langkah pertama terlahir dari buah keimanan.


Oleh Ibn Hibban dan Al-Baihaqi dari Abu Hurairah RadiyaLLahu “anh bahawa RauluLLAH S.A.W bersabda

“Kemuliaan seseorang mu’min itu adalah kerana agamanya, maruahnya adalah terletak pada akalnya dan kedudukannyaadalah bergantung pada akhlaknya”[3]


Diriwayatkan oleh al-Tabraniy dari Jabir Ibn ‘Abdullah RadiyaLLAHU ‘anh yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda

“Agama ini aku telah relakan untuk diri aku. Hanya orang-orang yang bersifat pemurah dan berakhlak mulia sahaja yang sesuai baginya. Oleh itu, selama kamu menjadi penganutnya hendaklah kamu memuliakannya dengan sifat peribadi dan akhlak yang baik.”[4]


Akhir kata, iman sememangnya tidak dapat diwarisi tapi cahaya Islam mesti di pancarkan untuk di serap kedalam hati-hati manusia. Agar sirna keimanan ini tidak tewas dengan kebatilan. Bangkitlah wahai sahabat-sahabatku terutamanya buat muslimat. Jadilah muslimat yang benar-benar teguh imannya kerana kita sentiasa menjadi sasaran musuh-musuh Islam. Jika nak hancurkan umat Islam, mereka (musuh Islam) akan menghancurkan wanita Islam dahulu. Pengeksploitasian dan berbagai lagi cara. Kerana apa? Kerana dari rahim mu lah akan terlahir seorang perwira yang merindukan syahid di jalan ALLAH atau sebaliknya. Lahirkanlah zuriat-zuriat yang soleh dan mencintai ALLAH. Dari kecil hidupnya di tarbiyah. Meniti jalan perjuangan yang indah. Biarpun kita tidak dapat merasai nikmat ini sejak kita kecil mudah-mudahan anak-anak kita kan merasainya bermula dari alam rahim lagi...Indahnya..Hidup ini untuk umat. Moga kelak kita tidak kecewa mengenangkan nasib umat. WA

Hantu pun mempunyai keinginan untuk ada waris meskipun melalui jari “Waris Jari Hantu”. Bak kata Rushdi Ramli (pelakon Waris Jari Hantu) kepada toknya “ Tok cari pewaris?”…bagaimana dengan kita sahabat, pasti kita lebih berusahakan..





Rujukan


[1] Golongan Yang Tercicir di Sepanjang Jalan Da’wah, Penulis- Fathi Yakan, m/s 68

[2] Senikata lagu kumpulan Raihan

[3] Golongan Yang Tercicir di Sepanjang Jalan Da’wah, Penulis- Fathi Yakan, m/s 61

[4] Golongan Yang Tercicir di Sepanjang Jalan Da’wah, Penulis- Fathi Yakan, m/s 61

0 comments: