salam wbt

Saturday, September 15, 2007

buat anak-anakku yang dicintai



AssalamualaikumWarahmatuLLAH


Nasihat Luqman kepada anaknya..Surah Ali Imran ayat 12-19

Wahai sahabat muslimah ku yang ku cintai.

Lahirnya ke dunia seorang anak apatah lagi yang lahir dari rahim seorang muslimah bukanlah sebarang kelahiran. Setiap anak yang lahir adalah kurniaan ALLAH S.W.T maka bukan lah anugerah yang boleh diabaikan.

Apa maksud diabaikan? Bukan hanya sekadar diabaikan pada awal kelahirannya tapi diabaikan juga membawa maksud pengabaian sepanjang pembesarannya. Abai pada awal kelahiran ada yang berlaku kes-kes buang kat masjid, tong sampah dan sebagainya.
Haiwan yang mendapat anak pun, kita ambil contoh mudah kucing berkahwin tak da akad nikah, tiada proses, tak ada kenduri, takda cincin malah haiwan ini TIDAK BERAKAL namun tetap sahaja tak bungkus anak yang dilahirkan letak kat tong sampah atau sebagainya. Wahai manusia, janganlah meletakkan pengiktirafan untuk kamu sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini serendah ini. Mencari nahas sendiri.

Pengabaian yang kedua, proses pembesaran. Bukan nak membincangkan soal pembesaran tapi pendidikannya agar benar-benar menjadi seorang khalifah ALLAH seperti mana tujuan utama manusia dijadikan ( surah Al-Baqarah:30). Anak-anak perlu dijelaskan semua perkara. Penjelasan yang jelas tentang pencipta yang agung, ALLAH yang menguasai alam smesta ini. Anak-anak hendaklah sentiasa diajak berfikir tentang kejadian alam bukan sekadar diajar dalam kelas sains tapi dikaitkan dengan keindahan sains dan Al-Quran. Jangan jauhi mereka dengan Al-Quran hanya jauhi mereka dari dadah dan pengajian bukan sekadar mengaji tapi mengkaji. Tapi penyampaian perlulah bersesuaian.

Apa silibus yang perlu kita ikuti? Apa cara yang perlu kita ikuti? Semua jawapan telah terkandung dalam Al-Quran. Islam ini memudahkan manusia bukan menyusahkan bahkan Islam lah agama yang sebenar-benarnya. Tak perlu susah-susah untuk mencari jalan keluar.

Anak-anak mahukan penjelasan. Dari kecil hatinya memerlukan bimbingan untuk mengenal siapa dia dan untuk apa dia dilahirkan. Sentiasa ketandusan nasihat dan pangajaran dari mereka yang lebih dewasa. Sistem sekolah dahulu (masa zaman saya,sekolah harian biasa) sahaja cukup untuk menjauh kan hati-hati anak-anak kecil dari ingat pada ALLAH melainkan sekiranya ada program kem Asuh, Kem Ibadah yang hanya dilakukan dalam tempoh 3 hari tapi kehidupan persekolahan mereka bagi yang sekolah petang tiada waktu untuk mereka solat. Alasan mudah, mereka kecil lagi. Sewaktu saya ditahun 2, saya bertanya pada sahabat saya kenapa kamu tak solat? Jawabnya, mak kita kata kita kecil lagi. Nah, biasalah generasi hari ini kena solat mula umur baligh.

Bagaimana nikmat melaksanakan solat dapat dirasai? Indahnya menjadi seorang Islam bisa di nikmati melainkan usaha untuk menyedarkan anak-anak ini setelah dewasa di tingkatkan. Namun usaha di peringkat awal adalah lebih baik. Ajari mereka untuk mengenali Islam sebenarnya serta perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan pada aqidah mereka agar mereka tahu apa musuh-musuh yang perlu dihadapi.

“melentur buluh biarlah dari rebungnya, asuhlah mereka dengan akhlak yang mulia”

0 comments: