salam wbt

Friday, April 2, 2010

temp ..blow

Assalamua'laikumWarahmatullah.

Malam ..sudah melabuhkan tirai.. tetapi masih gagal memejamkan mata meskipun kepala ku sudah berpusing mcam gasing da..

Genap sebulan kereta abng tersadai di workshop gara-gara ku..Bawa kereta sampai over temp. di pagi Ahad, ana bersama umi, anak dan adik ke kuala lumpur untuk menghantar umi ke klinik. Sakit badan dan perlukan injection di sebuah klinik di keramat, klinik Ahmad nizam.

Balik dari KL, umi teringin sate kajang di highway Max. Huhu, sedap sangat sate di situ. Maka dengan izin ALLAH kami dapat kesana. Syoknya rasa Mas..huhu bawa kereta di highway Max..feel yer best sangat bagai dunia ana yang punya. Tang bukit press.. laju je. syok betul.
sampai terlajak sikit kat simpang masuk.

selesai makan sate, solat zuhur dan tiba masa pulang ke putrajaya. On the way ke putrajaya, umi nak jumpa ayah di bandar sri putra, ayah yang menjaga restoran yang berdekatan di Kuis. Terdetik di hati ni..ada kenangan disana. Sangat manis.

Maka dengan kenyakinan yang blur..oh senang je nak kesana, insyaALLAH. maka dari putrajaya pergi lah ke sana. Entah macam mana ana termasuk ke ukm bangi.call ayah, suruh patah balik. ana ke sana ikut direction dari ayah, tapi ayah ingat kami dari kl,sedangkan kami kat putrajaya. salah faham. maka kami balik ke pangkal jalan balik ke putrajaya ikut jalan belakang.

sampai di putrajaya, umi menyatakan hasratnya lagi nak jumpa ayah juga. oklah, kita ikut highway insyaALLAH senang.

Dalam perjalannan teringat kenangan lama kesana ( bandar seri putra ) dan ke kuis dengan komuter. dah lama tak ke kuis tak sangka ayah kena jaga restoran di sana, dekat pula dengan kuis. Semasa di highway, fikiran ku melayang sambil mendengar cerita umi di sebelah dengan kelajuan kereta yang sama.

Tiba-tiba ..Ya ALLAH sampai ke tol nilai. Ya ALLAH terlajak jauh. Padan lah terasa lama perjalanan. masuklah ana ke tol nilai untuk mencari short cut patah balik. Entah kenapa kepala ana blur dan boleh keliru. Dalam cpu ana ( fikiran ) , ana nak ke bandar seri putra tapi ana pi cari usim bukan kuis. Ya ALLAH, mcam mana boleh keliru. Dah lalu nilai 3 , termasuk usim bagai ada sesuatu disana. Macamana boleh keliru..pelik dan jauh bunyinya. pening terperangkap di nilai bagai dikurung di bumi nilai. Nak patah balik cari sign board kl, termasuk semula nilai.

Ya ALLAH, ada sesuatu yang Allah nak beritahu ke. Ana blur mencari jalan hingga tak perasan tempt naik..hingga asap keluar dari bonet depan. Ana termasuk jauh ke pajam nilai.

Kesian umi di sebelah, anak anak yang keletihan. Kereta mati di tepi jalan. Alhamdulillah ramai yang nak menolong. Ana terus call ayah dan macam biasa..leteran dengan frekuensi yang sama. ..kereta telah berehat .Alhamdulillah, ALLAH mematikan enjin betul2 di tepi jalan bukan di tengah, alhamdulillah kereta tidak meletup. syukur.cuma silinder enjin bengkok, dan asap yang putih keluar dari enjin depan membuat kepulan-kepulan awan yang cantik..
terlantar di pajam nilai..."ayah tak pernah pernah sampai sana ", kata ayah. Jawab didalam hati ini, sebab ALLAH izinkan saya sampai disini yah.Allah telah memilih ku..alhamdulillah.hehe.

Niat untuk jumpa ayah tapi ayah yang kena cari kami..hehhe. Ramai orang berhenti. Sampai ada yang tegur , ini kereta racing ni pakai meter turbo..tak kena dengan si pembawa yang ayu bertudung labuh. hehe. Buat malu org tuduh labuh je. Don't jugde a book by it's cover..hehe sesuai tak..

Ya Allah, kami belum solat asar lagi, ayah belum tiba , hari makin malam nak masuk maghrib. Pada ketika itu hanya berharap dapat menunaikan solat sebab bagi ana jika ALLAH sayang, ALLAH akan jaga kita dengan mudahkan kita melaksanakn perintahNYA. Gelisah sedih dan hampa jika ALLAH tak izinkan.

Alhamdulillah, ayah sampai 6.15ptg dan kereta kami tinggalkan sementara truck datang, kami mencari masjid , alhamdulillah dapat menunaikan solat. alhamdulillah, tapi anak ana active seperti biasa. Mengembirakan hati semua.

Sehingga ke malam, kami menunggu truck datang, untuk tarik masuk ke bengkel kereta di keramat KL. Mujur sahabt ayah sudi membantu memandangkn esok adalah tahun baru cina, pakcik cina pula yang tarik. Bagus juga, mengelakkan dia meraikan sebuah perayaan yang sememangnya tak wujud.

dalam perjalanan pulang, ana mengumpulkan tenaga sepenuhnya untuk mengahadapi abang ana. Di benak fikiran ku, leteran apakah yang bakal ku terima. Ana tak kisah sangat sebab benda dah jadi. Alamk malulah. sebab biasanya ana war-war kan kalau lesen L = lelaki/ lambat. Manakala lesen P=perempuan / professional. Huhu..takpalah

Masuk ke rumah, ana beritahu dan abg tak ckp apa2. Sampai esok..esok..esok..esok..dan esok..sampai hari dia kerja...kena naik bus. Ana tak dengar leteran yang ana telah gambarkan. Aik..bgus jugak hehe. Mungkin dia dah masak dengan adiknya atau dah hangit. Mungkin juga kesesuaian ayah meletakkan nama Abdul Halim Mustaffidi. Mustaffidi ana tak tahu maksud apa dalam arab.. tapi Halim ana tahu..lemah lembut. Haha..nasib baik ayah terfikir nak bagi nak bagi nama abdul Halim padanya, hamba Allah yang lemah lembut. Barulah sesuai..hehe..ana yakin nama tu mempengaruhi keselamatan kita disaat-saat kecemsan. InsyaALLAH

Sebenarnya tergantung pada diri kita masing-masing. JIka nama Rabiatul Adawiyah mestilah ada didikan dan selalu muhasabh ye..hehe .. kalau nama bawang putih pun jika didikan baik meskipun bawang, tetap menjadi cantik kan. Tergantung pada amalan.

cukup setakat ini..sekadar coretan kesan mata yang gagal melelapkan mata. Usah ambil iktibar , ini sekadar kenangan tulisan tika akal ku tidak stabil..
jzklh

0 comments: