 "Tika mana diuji dan bagaimana kita menerima ujian itu, itu bukti cinta kita pada-NYA"...Biar Allah menentukan segalanya. Sebagai hambanya kita tak layak untuk mempertikai apa jua yang terjadi kerana kita hanya hamba Allah. Allah tak perlu berunding untuk memberikan musibah pada siapapun. Bagaimana tindakbalas kita menerima sesuatu musibah maka tindakan pertama kita itu nilaian ALLAH. Adakah aku sabar atau mengeluh. hahaha. Apa jua musibah pasti ada hikmahnya. Dan mudah-mudahan setelah kita dapat hidayah, dapatlah kita menjaganya hingga kekal ke titik terakhir. Biarlah ALLAH yang menjaga kita kerana iman itu bisa bertambah dan surut. Dosa akan menghapuskan iman manakala kebaikan pula itu kekuatan.
"Tika mana diuji dan bagaimana kita menerima ujian itu, itu bukti cinta kita pada-NYA"...Biar Allah menentukan segalanya. Sebagai hambanya kita tak layak untuk mempertikai apa jua yang terjadi kerana kita hanya hamba Allah. Allah tak perlu berunding untuk memberikan musibah pada siapapun. Bagaimana tindakbalas kita menerima sesuatu musibah maka tindakan pertama kita itu nilaian ALLAH. Adakah aku sabar atau mengeluh. hahaha. Apa jua musibah pasti ada hikmahnya. Dan mudah-mudahan setelah kita dapat hidayah, dapatlah kita menjaganya hingga kekal ke titik terakhir. Biarlah ALLAH yang menjaga kita kerana iman itu bisa bertambah dan surut. Dosa akan menghapuskan iman manakala kebaikan pula itu kekuatan.Bagaimana kita nak tahu dosa dan kebaikan?
Perlunya pada Ilmu..sehingga darjat orng berilmu ALLAH bandingkan (srh al mujadalah:11).
Bagaimana untuk memastikan iman kekal dalam diri walau ditimpa musibah?
Hahaha..insyaALLAH, itu bermakana Allah sedang memberikan perhatian buat seseorang itu..someone speacial..perlunya pada ilmu, sahabat dan matlamat yang jelas. Islam itu memberikan kebahagian kerana kebahagian itu janji dari ALLAH. Kebahagian yang menyuntik pada hati hingga si pemilik hati menjadi tenang. Bahgia yang melebihi apapun. Bahkan pada hakikatnya orang-orang kafir juga mengakuinya bahkan jin, syaitan, iblis, susuk, saka, puaka naning rapik,waris jari hantu, jangan pandang belakang malah pengarahnya juga percaya seperti ada sesuatu akan Islam. (tanggapan ana memndangkan pengarahnya akan buat majlis bacaan yasin atau apa jua sebelum sesi pengambaran)
Brikut adalah kisah Raja Namrud yang mengakui kebenaran..teruskan membaca jangan tak baca.
Kisah Nabi Ibrahim dan Raja Namrud.(sumber: sumber http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah061.html)
    Pada suatu hari masuklah si anak kepada                        Azar tukang ukir patung anaknya, itulah dia Nabi Ibrahim                        as. Lalu Nabi Ibrahim pun bertanya kepada bapanya: “Wahai                        ayahku, adakah engkau benar-benar yakin dan percaya bahawa                        semua patung-patung yang kamu ukir dan jual itu semuanya                        adalah Tuhan yang hakiki?” Bila Azar mendengar pertanyaan                        sebegitu dari anaknya terus dia menjadi marah akan tetapi                        Nabi Ibrahim tidak memperdulikannya dan dia terus bertanya                        dan bertanya. Firman Allah SWT yang bermaksud:                                             “Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya Azar: “Adakah                        engkau ambil berhala menjadi Tuhan? Sesungguhnya aku melihat                        engkau dan kaum engkau dalam kesesatan yang nyata.” 
                  (Al-An’am: 74)                                              .
 Berterusanlah si Azar bapa Nabi Ibrahim                      memarahinya dia betul-betul marah kepada anaknya lantas dia                      berkata dengan suara yang tinggi kepada anaknya sepertimana                      yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud:                                             Berkata bapanya: “Adakah engkau benci kepada Tuhanku ya                        Ibrahim? Demi jika engkau tidak berhenti nescaya kurejam                        engkau dengan batu dan tinggalkanlah aku dalam masa yang                        panjang.” 
                   (Maryam: 46)                                               Sesungguhnya Nabi Ibrahim siang dan malam                      tidak habis-habis memikirkan tentang dunia yang ada di sekelilingnya                      dia tercari-cari manakah satu Tuhan yang sepatutnya dan semestinya                      dia menyembah. Maka pada suatu malam yang gelap gelita tiba-tiba                      muncul bintang yang cahayanya bergemerlapan di langit. Jadi                      dia terus berkata di dalam hatinya: “Inilah Tuhanku maka bermula                      dari hari ini aku akan menyembahnya!” Akan tetapi malang bila                      tiba waktu siang semua bintang-bintang yang bergemerlapan                      di waktu malam itu tadi pun terus hilang. Firman Allah SWT                      yang bermaksud:                                             Tatkala malam telah gelap Ibrahim melihat bintang lalu dia                        berkata: “Inikah Tuhanku? Tatkala bintang itu terbenam dia                        berkata: “Aku tidak mengasihi barang yang lenyap itu.” 
                   (Al-An’am: 76)                                               Keesokannya Nabi Ibrahim melihat kepada                      bulan pula dia mendapati bahawa bulan di malam hari itu terlalu                      cantik itulah bulan purnama namanya. Maka dia mula berkata-kata                      lagi di dalam hatinya: “Aku rasa inilah dia Tuhan aku. Maka                      aku akan menyembahnya moga-moga ada kebaikan buatku.”Firman Allah SWT yang bermaksud:                                             Tatkala dia melihat bulan telah terbit dia berkata: “Inikah                        Tuhanku?” Tatkala bulan itu terbenam dia berkata lagi: “Jika                        aku tidak di tunjuki oleh Tuhanku nescaya aku termasuk kaum                        yang sesat.” 
                   (Al-An’am: 77)                                               Akan tetapi sangkaannya itu meleset sama                      sekali kerana pada keesokannya bulan terbenam dan hilanglah                      cahayanya yang terang benderang pada waktu malam tadi. Tetapi                      dia tidak bersedih. bahkan bergembira kerana dia berpeluang                      melihat matahari pula. Lantas dia mengatakan: “Matahari lebih                      besar pula cahayanya dari bulan dan bintang, maka aku rasa                      inilah dia Tuhanku yang sebenar.” Tapi sayang bila sampai                      waktu petang di dapati matahari yang di sangkanya Tuhan itu                      turut hilang. Maka Nabi Ibrahim pun tidak jadi untuk menyembahnya.                      Firman Allah SWT yang bermaksud:                                             Tatkala dia melihat matahari terbit dia berkata: “Inikah                        Tuhanku? Ini lebih besar.” Tatkala matahari itu terbenam                        dia berkata: “Wahai kaumku sesungguhnya aku berlepas diri                        dari apa-apa yang kamu persekutukan itu.” (Al-An’am:                        78)                                               Akhirnya Nabi Ibrahim mengambil keputusan                      bahawa dia tidak akan sama sekali menyembah mana-mana tuhan                      kecualilah Tuhan yang menjadikan alam ini Tuhan yang menjadikan                      bintang, bulan dan juga matahari juga dunia dan seisinya.                      Dia tidak akan sama sekali menyembah Tuhan selain Allah SWT.                      Firman Allah SWT yang bermaksud:                                             “Ingatlah ketika Ibrahim berkata: “Wahai Tuhanku perlihatkanlah                        kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang yang mati.”                        Allah berfirman: “Tidakkah engkau beriman?” Sahutnya: “Ya...                        aku beriman tetapi untuk mententeramkan hatiku.” Allah berfirman:                        “Ambillah empat ekor burung dan hampirkan kepada engkau                        (potong-potong semuanya) kemudian letakkan di atas tiap-tiap                        bukit sebahagian dari burung-burung yang dipotong itu, kemudian                        panggillah semuanya nescaya datanglah semuanya kepada engkau                        dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Perkasa                        lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah: 260)                                               Bermula dari hari itu Nabi Ibrahim mula                      menyeru kepada kaumnya agar segera meninggalkan tuhan berhala                      mereka itu “sembahlah Allah Tuhan yang Esa dan juga Tuhan                      yang menjadikan kita semua.” Akan tetapi mereka tidak memperdulikan                      kata-katanya bahkan mereka mengutuk dan memberikan ancaman                      kepadanya. Firman Allah SWT yang bermaksud:                                             “Mereka berkata: “Adakah engkau mendatangkan kebenaran kepada                        kami atau engkau bermain-main?” Dia berkata: “Bahkan Tuhan                        kamu ialah Tuhan langit dan bumi yang telah menciptakan                        semuanya. Dan aku menjadi saksi atas demikian itu.” (Al-Anbiyaa’:                        55 dan 56)                                               Mereka memang langsung tidak menghiraukan                      kata-kata Nabi Ibrahim hinggakan sampai peringkat mereka mengatakan                      bahawa Nabi Ibrahim adalah seorang yang bodoh lagi jahil dan                      juga akal fikirannya terlalu sempit serta menyeleweng. Maka                      pada suatu hari seluruh ahli penduduk kota itu keluar beramai-ramai                      kerana merayakan hari raya bagi Tuhan berhala-berhala mereka                      dan perayaan tersebut di jalankan di luar kota bukan di dalam                      kota. Jadi di kala itu tidak ada seorang pun yang tinggal                      di dalam kota lengang kecuali Nabi Ibrahim sahaja. Begitu                      juga dengan rumah ibadah mereka lengang tiada sesiapa.                      
Nabi Ibrahim merasakan bahawa inilah peluang untuk dia mengajar kaumnya lalu dia bersegera menuju ke rumah ibadah kaumnya. Dia terus masuk ke dalamnya yang mana terdapat satu kawasan lapang dipenuhi dengan bermacam-macam patung berhala. Tanpa berlengah Nabi Ibrahim terus mengambil kapaknya lalu dipukul dan dihancurkan ke semua patung-patung itu tadi habis semua dimusnahkan cuma satu sahaja yang tidak dimusnahkan iaitu patung yang paling besar. Kemudian yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dia menyangkutkan kapaknya tadi ke leher patung berhala yang besar itu dan Nabi Ibrahim terus pergi meninggal rumah ibadah tersebut pulang ke rumahnya.
Di kala itu semua kaumnya sedang sibuk merayakan perayaan tuhan mereka. Mereka merayakannya dengan penuh meriah sekali lebih-lebih lagi si raja yang bernama Namrud iaitu raja Kota Babylon ketua bagi mereka juga turut hadir. Bilamana perayaan tadi selesai terus raja memberi isyarat kepada hamba-hambanya dan tanpa berlengah si hamba-hamba tadi terus mengangkatnya untuk kembali semula ke dalam kota mereka. Dan sebelum sampai ke istananya raja mengarahkan kepada seluruh hamba-hambanya agar membawa dia ke rumah ibadah (kuil). Bila sahaja raja Namrud menjejakkan kakinya ke dalam kuil dia terperanjat besar begitu juga dengan rakyat-rakyat yang turut hadir. Dia dapati bahawa ke semua patung-patung berhala telah habis musnah jatuh bergelimpangan dan berkecai.
Kemudian Namrud berkata dengan suaranya yang tinggi: “Siapakah yang berbuat sebegini kejam sekali?” Seluruh rakyatnya yang hadir terus berkata: “Lain tidak bukan ialah seorang pemuda yang tidak mahu beriman kepada tuhan-tuhan kita ini. Pemuda itu namanya Ibrahim!” Raja Namrud terus menjerit: “Bawa segera pemuda itu ke mari!” Merekapun bersegera pergi mendapatkan Nabi Ibrahim. Mereka menangkapnya dan dibawa ke hadapan Namrud yang masih menunggu di dalam kuil.
Sampai saja terus Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Kamukah yang melakukan perbuatan ini kepada tuhan-tuhan kami?” Nabi Ibrahim berkata: “Bukan aku yang melakukannya kamu tidak lihat di leher patung berhala yang paling besar itu terdapat satu kapak yang besar. Sudah tentulah dia yang memusnahkan ke semua patung-patung itu. Kalau tidak percaya cuba kamu tanyakan kepadanya ataupun kamu tanyakan kepada patung-patung yang telah binasa tentang siapakah yang memusnahkan mereka semua?”
Raja Namrud dan rakyatnya tidak semena-mena merasa malu dan tersipu-sipu kerana mereka tahu bahawa sesungguhnya patung-patung itu sama sekali tidak boleh berkata-kata. Lalu Namrud pun terus berkata: “Wahai Ibrahim! Kamu sendiri pun tahu bahawa patung-patung itu semua tidak boleh berkata-kata, tidak boleh berjalan-jalan dan juga langsunglah tidak boleh buat apa-apa!”
Terus Nabi Ibrahim as. menjawab: “Jadi kalau begitu mengapa kamu menyembahnya. Bagaimana kamu boleh menyembah sesuatu yang langsung tidak memberi kamu apa-apa manfaat tidak memberi mudarat buat musuhmu dan langsung tidak dapat untuk mempertahankan, dirinya sendiri?”
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Ibrahim berkata: “Patutkah kamu sembah selain Allah barang yang tiada manfaat kepadamu sedikitpun dan tidak pula memberi mudarat kepadamu? Celakalah kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahaminya?” (Al-Anbiyaa’: 66 dan 67) Akhirnya Raja Namrud dan seluruh rakyatnya mengambil keputusan agar Nabi Ibrahim dibakar dengan api atau unggun yang besar. Maka Namrud pun terus memerintahkan seluruh rakyatnya agar menyediakan api besar hinggakan sampai peringkat burung-burung tidak berani untuk terbang di atasnya kalau terbang juga mereka akan terbakar kerana nyalaan api yang besar itu.
Begitulah kisahnya.. sumber http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah061.html


 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment