salam wbt

Sunday, January 17, 2010

fizik atau cinta yang sukar untuk difahami

Setiap manusia dilahirkan dengan ada rasa cinta. Namun apakah cinta? Adakah diterbitkan dari mata turun ke iman lalu masuk ke hati atau adakah ia lahir tiba-tiba. Andai ku punyai hati robot. aku tidak kan punya perasaan, mengenepikan segala hal.

Ku mahukan yg terbaik buat si dia, si comel ku..yang ku cintai tika mana dia hilang. Bgai nak gila.Pada waktu itu, aku hanya mampu berdoa pada ALLAH agar aku dapat menyelamatkannya sebelum diseludup ke luar negara. Kalau nak diceritakan pasti org tak percaya. Berbagai helah ALLAH ilhamkan hingga dengan izin Allah, Aku diketemukan kembali dengan baby yang kusayangi. Maafkan ana ya ALLAH, gelaran akhwat bukan untuk ku hingga aku tidak dapat mnjaga mu sayangku. Jika di barisan pendakwah maka aku lah yang paling tidak layak.

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH sindekit penjualan bayi tumpas. Kadang tak percaya aku akan terlibat dengan semua ini. Bila difikirkan benarlah suatu kata-kata yang ana pernah baca dalam sebuah buku, Suatu ciptaan ALLAH tapi amat berat iaitu helah kaum wanita. Hahaha..Boleh tahan juga ciptaan ALLAH ni jika kena pada tempatnya.

Tumpasnya sebuah barisan perang kerana wanita. Namun nadi kekuatan sesebuah umah juga terletak pada wanita kerana di pusat hatinya akan mempengaruhi rahimnya lalu dengan sentuhannya jualah membentuk generasi seterusnya. Anak-anak kita belum tentu selamat jika dakwah kita tak gencarkan. Baik macammana pun kita didik tapi jika susana umat manusia kembali ke jahiliah adakah anak kita akan selamat? Usah hentikan rencana dakwah mu wahai wanita walau apapun rintangan. Tangan yang menghayun buaian mampu mengoncangkan dunia.

JOM Kembara Dakwah.

0 comments: