salam wbt

Saturday, December 30, 2006

buat sahabat yang dicintai



Sahabat tika kita diambang perselisisihan
Ada harta yang paling berharga akan kita korbankan
Harta yang dikurniakan ALLAH buat hamba-hambanya
yang merindukan syahid dijalanNYA
Harta itu ibarat nyawa buat kita
tika mana musuh-musuh ALLAH ingin memusnahkan kita
Harta itu jugalah yang membuatkanku bertuah menjadi seorang Islam
Menjadi tenang tika keseorangan
Menjadi tabah tika menghadapi dugaan jatuh bangun dalan perjuangan
Kerana dalam diri seorang hamba kepada ALLAH
Ada nikmat iman dan Islam

Namun sedarkah wahai teman seperjuanganku
disebalik tabir nikmat itu ada harta
Harta buat jiwa-jiwa yang turun berlaga dijalan ALLAH
“ukhwah”…..adalah harta buat kita yang dikurniakan ALLAH
Tanyalah pada hati yang tulus dan sepenuh taqwa kepada ALLAH
Jika tiada jumpa jua jawapan maka nantikanlah perpecahan

Puaskan hati mu bilamana tercapai cita-cita melihat derita sahabat mu
Menyapa-yapa mengharap teman kembali dalam perjuangan
Masihkah lagi di kotak ingatan waktu sama-sama ditarbiyah
Nyawamu,nyawaku jua
Penderitaan mu penderitaan ku jua
Bimbang andai ada yang tercedera
Tidak mahu ada yang berduka
Namun segalanya tinggal kenangan
ingin ku beritahu betapa sakitnya keseorangan
Inginku khabarkan betapa peritnya hatiku menghadapinya

Bagiku
Walaupun seribu rintangan dijalan dakwah bakal aku hadapi
Biarpun airmata darah yang perlu dikorbankan
Biarpun jiwa kian terkorban
Adalah lebih aku sanggup hadapi daripada kehilangan sebuah ikatan ukhwah
Kerana ikatan ini amat berharga buatku
Merasa kebersamaan dijalan ALLAH
Membuatkan ku bahgia
Membuatkan ku kuat meneruskan perjuangan

Telah ku ungkap segalanya
Namun hati lebih pandai berbicara
Kerana hati yang mengahadapi segalanya
Kerana hati telah puas menangis
Kerana hatilah yang telah banyak berdoa padaNYA
Kerana hati lebih memahami erti kasih sayang
Kerana hati yang menghubungkan antara kita melalui rahmat dan kasihNYA
Tanyalah pada hati…dengarkan luahan hatimu
jangan biarkan bisikan hasad menganggu fikiran meracun lagi
Tapi tanyakan pada taqwa dengan sepenuh kerendahan hati hingga lisanmu mampu berbicara
“Dialah sahabat ku, teman seperjuangan ku,
Jangan bersedih lagi sahabat ku
Takkan kubiar dirimu menangis sendirian”…
Moga kuperolehi nikmat ini sebelum aku pergi mengadap Ilahi……

kita bukan robot yang tidak bisa memahami
andai masih juga tidak dapat merasainya bahkan tidak merasa sedih pun
janganlah buat nabi kita nabi Muhammad s.a.w bersedih
pasti baginda sedihkan…
artikel ini buat pengubat hati walaupun saya tidaklah begitu arif dalam menyusun kata
Allah akan menguji pada titik kelemahan kita bilamana ukhwah adalah titik itu maka hati perlu bersiap sedia. Allah Maha Mengetahui kerana ALLAH menguasai segalanya..

0 comments: