salam wbt

Friday, December 29, 2006

Anak-anak istimewa

Tempoh hari ana ada program bersama anak-anak istimewa. Ya istimewa. Mereka terdiri dari anak-anak yang kurang dari segi fizikal dan ada yang kurang dari segi mental. Namun mereka cukup mengajar ana erti sebuah persahabatan, ukhwah dan kasih sayang. Mereka saling jujur dan ikhlas antara satu sama lain. Ana rindu pada mereka kerana anak-anak ini bisa memahami malah melahirkan kejujuran dan kasih sayang hingga terlahir di kaca mata mereka membuatkan sesiapa yang merindukan ikatan ukhwah yang penuh dengan kasih sayang bisa mengalirkan airmata.

Mereka saling membantu antara satu sama lain seperti satu keluarga. Bila saja ada diantara mereka yang menangis maka datanglah yang lain untuk memujuk. Mereka sangat menyayangi antara satu sama lain hingga tidak sanggup apatah lagi melihat shabat mereka menangis. Dalam program ini, ada pertandingan kutip gula-gula untuk kanak-kanak istimewa. Disaat sebelum bermulanya pertandingan setiap mereka mahu mendapatkan gula-gula yang banyak. Namun ada yang hampa lalu terus manangis kerana tidak dapat gula-gula. Ana melihat anak-anak kecil ini saling memujuk antara satu sama lain. Ada di antara mereka yang dapat gula-gula tadi menyerahkan gula-gula pada sahabat yang menangis tadi. Berbeza dengan anak-anak biasa. Pertandingan yang sama untuk anak yang normal. Selesai saja rebut gula-gula mereka tak kisah siapa diantara sahabat mereka yang dapat dan tak dapat. Mungkin kerana takda yang menangis dapat gula-gula. Murninya hati anak-anak istimewa.Walaupun mereka tidak sesempurna mana namun mereka cukup mengajar ana bahkan mendidik hati agar saling berkasih-sayang. Inilah kisah dunia mereka yang cuba ana lakarkan pada sebuah kehidupan agar hubungan murni mereka dan ikatan mereka bisa menjadi pengubat bagi sesiapa yang merindukan kasih saying serta ketulusan dalam persahabatan.

Walaubagaimana sekalipun di jalan dakwah pasti ada yang kehilangan teman-teman yang tidak mahu bersama. Maka janganlah lemah kerana ukhwah tidak pernah terputus walau bercerai jasad dan nyawa. Bila hati terluka maka umat Islam akan menjadi lemah. Maka dengan Keutuhan jiwa berimanlah yang memberikan kekuatan pada kita untuk tetap saja. Harapan masih ada. Lihat saja bila berlaku isu murtad dan sebagainya kita mampu duduk semeja mengeluarkan idea-idea yang bernas untuk membentuk benteng pertahanan malah saling membantu mengumpulkan tantdatangan.AlhamduliLLAH. Moga ikatan ini terus berkekalan.

0 comments: