salam wbt

Saturday, October 4, 2008

eid mubarak-kepulangan yang ku nanti


Tiba jua hari lebaran yang di nanti oleh seluruh umat Islam. Perginya bulan Ramadhan yang mulia, meninggalkan kesan di hati setiap hambaNYA yang menagih keampunan. Hati menjadi sayup di malam akhirnya ramadhan. Pada malam itu , malam muhasabah diri atas apa yang dilalui sepanjang bulan ramadhan.

Terdengar suara takbir bergema di surau, masjid, sayup hati meskipun pengisian takbir memuji kebesaran ALLAH yang MAHA ESA. Terlintas di benak fikiran dosa-dosa yang dilakukan kepada ibubapa, sahabat dan insan-insan dijalan dakwah. ketika ini lah kesempatan buat kita menurunkan ego kita ke tahap paling minimum. Musuh-musuh yang melekat dilubuk hati dimaafkan dengan rasa senang hati lewat di sms. Namun apa yang kita terlepas pandang adalah sikap ego dan sikap pemaaf ini seharusnya kita mulakan seawal memasuki bulan ramadhan atau pun disepanjang jalan hidup kita. Rugilah bagi mereka yang ada sikap ego dalam diri kerana itu adalah penyakit hati yang menjurus pada sikap takbur. Menjadi seorang yang pemaaf bukan pada masa-masa tertentu merupakan akhlak yang terpuji. Kesempatan ini jua buat mereka yang mahu menghantar tanda-tanda ingatan buat teman lama dengan ucapan maaf zahir dan batin.


Anak-anak kecil mula memasang pelita di halaman rumah bersama ayah mereka, para umi sibuk menyiapkan juadah hari raya bersama puteri-puterinya yang lain. Malam itu langit terasa indah, hati menjadi tenang, kepuasan buat si anak kecil yang dapat menyempurnakan ibadah puasa sepanjang bulan ramadhan dan pada ketika itu jugalah pelan explorace satu kampung di rancang si anak kecil.

Namun diri ini, pada tahun 2008 ini, hati ku sedih kerana ku nantikan kepulangan ibubapa ku diperantauan apalagi aku mula bercuti pada 26 september 2008 lagi untuk menyambut aidilfitri bersama ibu bapaku. Sampai hati umi dan ayah pulang ke kampung tak ajak puteri yang cantik ni..huwaaa. Tinggallah daku dirumah bersama kuih raya yang menimbulkan suasana hari raya. Alangkah sedihnya. AKu terus menghantar sms pada umi dan ayah, "sampai hati tinggalkan akak, tak sempat bersalaman pun lagi. Sedih" ..Padan lah muka dengan diri ku sendiri, suruh nikah tak nak, kenalah raya sorang-sorang. Bijak sungguh kedua ibubapa ku mengajarku. Bukan tak nak bernikah, kekasih yang ku seru belum muncul. Sulit jua untuk diri ini meletakkan satu makhluk yang tiba-tiba datang dalam hidup ku dan tempatnya sebelum ibubapaku. Bukan senang nak ku beri cinta dan bukan mudah untuk menerimanya. Namun, bagiku sesungguhnya pernikahan itu adalah kekayaan yang dijanjikan ALLAH, keluasan rahmat bagi yang menyakini janji ALLAH, ubat yang melegakan bagi mereka yang mahu melindungi diri dri penyakit hati dan menjadi kekuatan buat pejuang di medan dakwah...betul tak?




jiwang pula di pagi hari ni.Nak muntah pula rasa.ehm. Hari ni ibubapaku pulang, petang nanti. artikel ini ku tulis untuk meluahkan betapa geramnya, dan ulasan atas tindakan ibu dan ayah, tindakan mereka betul untuk menangani anaknya yang luar biasa nakalnya ini.namun bukan itu je alasan mereka, saja gurauan di hari raya kerana asalnya aku tak sempat sampai ke rumah sebelum mereka pulang ke kampung.Ada kebaikannya juga, kerana bingit gegendang telinga ku dengan makcik dan pakcik di kampung bertanya soal nikah.ehms, letih juga menjawab. Tapi niat mereka baik dan demi kebaikanku. Lagu raya buat ibubapaku

PULANGLAH DI HARI RAYA
BEGITULAH HARAPAN ANAKANDA

0 comments: