salam wbt

Sunday, January 25, 2009

Buat Insan yang Kucintai..



Sudah terlalu lewat utk ku ceritakan di kiriman email dan blog kisah parajurit ALLAH di Palestin. Isu hangat macam goreng pisang meskipun hal ini telah lama berlaku sejak 1948 lagi. Berkurun lama sahabat-shabat ku telah berjuang yang pada waktu itu ibubapa ana belum lahir pun lagi apatah lagi wujudnya ana di dunia ini.

Perjuangan yg sekian lama ini bukan suatu penderitaan buat mereka tapi tanda cinta ALLAH buat sahabat-sahabat ana di sana. Sahabat dirimu insan TERPILIH, DIPILIH ALLAH untuk berjuang kerana ALLAH. Syahid, kemuncak keimanan, indahnya ..perngorbanan mu bertahun-tahun tiada sia-sia kerana setiap semangat dan perjuangan tetap hidup di hati ini.

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan ALLAH (bahawa mereka itu) mati bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedari. ( Al Baqarah : 154)

Berbagai-bagai program di aturkan biarpun lewat dan ramai yang tidak menyedari hal ini. Maka pada ketika ini adalah masa yang sesuai untuk di manfaat kan oleh para dai’yah apa lagi seorang murobbiyah untuk terus tarbiyah masyarakat umum. Istiqamah meneliti berita-berita dari sahabat-sahabat disana jangan pernah bosan. Lakukan segalnya kerana ALLAH maka impaknya lebih besar bukan hanya kerana hati ini sedih atas kekejaman yang berlaku. Buat diri ini jua dan teman-teman di sini, gunakanlah segla potensi yang ada, apa sahaja yang kita boleh lakukan kerana kita tak mampu beri apa yang kita tiada dan sentiasalah berdoa.

Sedih tak dapat sertakan gambar semasa progarm rapat umum di stadium shah alam. Ana tak dapat duduk kat bawah, duduk diatas. Ada hikmahnya kerana dapat melihat gambaran jelas dari atas. Kelewatan sampai menyebabkan ana tak dapat pengikat kepala warna oren(save Gaza) huwaa..nampaknya kena buat sendiri. Jumpa pula kak amirah najwa bersama mujahidnya Musa, walaupun masih kecil tetap bersama-sama menghadiri pra perjuangan disana bersama umi dan abi. Bilalah ana pula nak bawa buah hati ana dalam berjuang. Sejuk suasana di pagi itu melihat wajah-wajah anak muda kesan tarbiyah kerana hati mereka hidup......istiqamahlah dalam berjuang kerana hari ini ku lihat isu ini semakin hari semakin kurang frekuensinya. Dimanakah semangat yang hilang?
”Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umat Islam berperang dengan orang-orang yahudi (di sebuah tempat). Orang-orang Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu bersuara menjerit memangil umat islam agar membunuh orang-orang yahudi itu, kecuali pokok Gharqad kerana itu pokok yahudi” Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim.
Nah..wahai sahabat-sahabat ku. Janji ALLAH pasti benar, dan kemenanagn itu pasti maka rugilah kita tidak menjadi sebahagian dari kemenangan itu. Doakan diri kita dan setiap orang Islam agar diberikan ALLAH kefahaman dan kekuatan. Atur segala perancanagn dengan teliti. Jangan putus berdoa kerana itu senjata mukmin. Sedangkan pokok-pokok dan batu-batu pun akan bersuara ketika itu mungkin kerana setelah sekian lama hanya dapat mendiam kan diri melihat kekejaman di sekeliling ia, apa pula kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan menjadi makhluk yang MAHA Penerima Nikmat dari ALLAH?


Renung-renungkan dan selamat beramal. Pesanan buat diri ku jua.

(putrajaya)