salam wbt

Tuesday, August 26, 2008

kiriman adik kite


A MOMENT TO REMEMBER

Ini adalah cerita tentang seorang lelaki yang hidupnya di setiap detik berdoa kepada ALLAH agar sentiasa diberikan yang terbaik baginya. Dia mempunyai paras rupa yang sangat mengancam dan pasti akan menaik perhatian setiap mata yang memandangnya.dia sentiasa menjadi kegilaan setiap perempuan walau dimana sahaja dia pergi,dia sentiasa dikejar dan digoda,
Namun dia sentiasa berdoa kepada ALLAH agar tidak terperangkap didalam godaanyang sementara bahkanboleh mendekatkan diri kepada pekara kemaksiatan.Dia tidak mahu terjurumus kerana baginya hanya ada seorang perempuan yang layak mengodanya iaitu seorang wanita soleha yang telah ditetapkan sejak azali untuknya.dia sentiasa berdoa agar wanita itu sentiasa menjadi wanita soleha dan dilindungi rahmat ALLAH.
Suatu hari ALLAH menggerakkan hatinya untuk bernikah,lalu dia pun bersolat istikharah dan ALHAMDULILLAH dia temuai jawapannya.wanita itu adalah sahabatny di saat dia kejatuhan.dia pun segera menghantar rombongan meminang.

5 TAHUN SELEPAS BERNIKAH

ALHAMDULILLAH……ternyata isterinya adalah seorang wanita yang sangat soleha dan itulah cirri-ciri wanita idamannya.mereka telah dikurniakan cahayamata si puteri wajah sejelita ibunya yang si putera pula sopan santun seperti ibunya
Kesyukuran yang tidak terhingga ini membuatkan dia nekad untuk khatam al quran sebulan sekali. Cinta dia terhadap isterinya dikembangkan lagi dengan sebuah lagu yang setiap hari didendangkannya.
Wanita hiasan dunia seindah hiasan
Adalah wanita soleha
Yang akan membahagiakan syurga
Didalam rumahtangga



15 tahun kemudian


Takdir ALLAH menentukan segalanya…..isterinya telah dilanggar lari oleh seorang perempuan yang benci melihat kebahagiaan mereka kerana meyimpan perasaan terhadap si suami.keadaan telah dapat ditegakkan,wanita itu telah dijatuhi hukuman.Namun jerit hati kecil si suami walau dijatuhi hukuman seberat mana pun tidak akan dapat menyedarkan isterinya yang sedang koma. Dia sedar hanya dengan doa dapat membangunkn isterinya dari koma.


3hari kemudian………

ALHAMDULILLAH……..isterinya telah sedar berkat doa mereka sekeluarga pada subuh tanggal 10ramadhan,itu adalah detik yang paling bahagia buat dia. Dia mengajak kedua cahayamatanya untuk bersolat terawih di hospital dan di sebelah katil isterinya kerana dia tidak mahu isterinya keseorangan walau sesaat dan agar isterinya sentiasa merasa bahagia.
Sebelum mereka tidur,isterinyasebatang pen dan sehelai kertas,si suami segera memenuhi permintaan isterinya segera kerana mahu isterinya sentiasa merasa kebahagiaan .
Tiba-tiba isterinya bertanya “wahai suamiku, adakah kau masih saying padaku walaupun aku sudah tidak sesempurna dahulu?” “wahai isteriku yang berhikmah kau adlah isteriku yang tercinta kerana kau adalah kurniaan ALLAH untukku”.perbualan itu dikhiri Dengan senyuman.

ESOKNYA…………

Azan subuh berkumandang dalam keadaan yang sejuk tenanag dan sunyi dia terdengar isterinya mengucap dua kalimah syahadah dengan senyuman . Sesudah itu dia ingin mengujutkan isterinya untuk berwuduk ,alangkah terkejutnya dia isterinya telah pergi menemuai kekasih sejatinya .

ALLAHUAKHBAR!!!! Dengan liagan air mata hatinya hancur berkecai luluh,tercucuk,rapuh dan lemah tulang-temulangnya memikirkan isterinya. Setiap saat dis hanya memikirkan nasib yang menimpa isterinya semuanya berpunca dari masa silamnya. Namun apakan daya dia hanya mampu menjerit tidak bersuara kerana dia sudah kehabisan air mata dan tidak berdaya lagi menghadapi kenyataan ini, dia merasakan ingin bunuh diri kerana dia merasakan bagai tiada lagi yang tinggal untuknya di dunia ini.
Kini yang tinggal hanyalah kenangan semata-mata. Dia tahu dia tidak seharusnya terlalu sedih kerana isterinya tidak pergi jauh dan pemergian itu hanya sementara . namun isterinya adalah tempat dia mengadu kasih,isterinya adalah pengubat di saat dia terluka, perunding di saat dia kebuntuan, dan disaat dia keresahan…… sekarang pada siapakah dia harus bergntung?



Terjumpa sepucuk surat yang diatasnya tertulis


Buat suamiku yang tercinta………………

Terima kasih kerana telah menjagku dan mendidikku setiap saat memimpinku,menegurku disaat aku kesesatan, membantuku bangun dari kejatuhan dan menyokongku disaat aku kelemahan.

Wahai suamiku……………….

Aku pergi hanya sementara. Maafkan aku kerana tidak menunggumu, kerana kekasih sejatiku telah memanggil-manggilku…. Aku terlalu tergilakannya dan dia adalah cinta abadi yang aku terkejar-kejar dan aku tahu kau juga mencintaai Nya…………

Tabahkanlah hatimu, jagalah cahayamata kita Dengan penuh hikmah. Pimpinlah mereka Dengan sebaaiknya, nikahkanlah puteriku Dengan mujahid sebaikmu, dan nikahkanlah puteraku sesudah dia menjadi sehebatmu………….
Aku punya satu permintaan andai kau boleh menunaikannay maka aku akan bertambah bahagia di alam sana ….carilah penggantiku………….

Jika kau teringatkan daku pandanglah kearah anak-anakku dan nyanyikan lah lagu untukku kepada mereka……….saat itu kerinduanmu akan terisi. Percayalah kebahagiaan kita sekeluarga menanti di syurga…….


Berdoalah untukku
A MOMENT TO REMEMBER………………..ISTERIMU………………

HARI RAYA AIDILFITRI………….

Pagi itu terasa sejuk dan tenang sekali. Dia memanggil anak-anaknya seperti bias untuk bersalaman .sejurus itu dia menyanyikan lagu buat isterinya sambil menatap wajah anak-anaknya………………..
Tiba-tiba angin bertiup dnan terdengar di telinganya dan hanya dia yang mendengarnya………………

Saya pun ada lagu untukmu suamiku………………

Suami jangan menangih setia
Umpama hawa dan setianya zulaikha
Terimalah seadanya
Yang terindah
Dilubuk hatimu…………………………

Lagu itu sungguh menyusuk hatinya dan mula dari saat itu dia selalu mendendangkan lagu untuk isterinya dan terkadang terdengar ini pula


Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kaukan muncul
Dalam tidurku
Bila terasa rindu
Ku bayang wajahmu dalam angan dan barulahku
Terasa bagai disembuh………………..






~END~


YANG PENAT MENULIS
A MOMENT TO REMEMBER……………………..




From : Maryam Jamilah

Monday, August 25, 2008

sahabat



memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat menjadi penilai yg baik.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS
UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan...

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK
HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK
SELAMANYA KEKAL.

Friday, August 15, 2008

Kata-kata

By: Raudhah iman

Friday, May 16, 2008


''kehidupan di sini bukan suatu khayalan

tapi ia sebenar kejadian....''


pasti saat dan ketika itu akan tiba

tiba pada waktu yang telah ditetapkan olehNYA

pada saat itu,

tiada siapa dapat hindari, apa lagi terkecuali


maka penuhilah kesempatan hidup ini dengan perjuangan

jangan diminta saat kematian itu dipercepatkan

hanya kerana ujian yang datang bertimpa-timpa

bersabarlah kerana disebalik yang berlaku

adalah rahmat ujian


Tetaplah dalam tarbiyah

kerna itu yang dapat menjaga

kuatkanlah kaki yang melangkah

penuh semangat

pujuklah dirimu dengan kekuatan cinta padaNYA


KUAT kerana ALLAH dan takkan lemah selama ALLAH bersama...



Saturday, September 15, 2007



Nurkilan buat guru

Cikgu
Jasamu tak mampu ku balas
Biarpun nyawa masih dikandung badan
Penat lelahmu tidak dapat ku balas
Kesungguhanmu mengajar tulis baca

Cikgu
Adakalanya aku dengan duniaku
Tanpa ku sedari aku menyakitimu
Lompat sana
Lompat sini
Tunggang langgang kelas ku kerjakan
Tanpa mendengar leteran mu
Apa yang ku pentingkan
Kebahagiaan ku
Hingga hatimu ku guris


Cikgu
Setiap kali cikgu pesan belajar
Belajar dan belajar
Namun difikiranku hanya ada
Naruto,sasuke,Detective conan
Apa lagi Dragon ball cerita zaman berzaman
Tetap menjadi pilihanku
Tanpa ku sedar
Aku tertipu dengan aksi aksi
Power rangers
Ultraman yang penuh dengan khayalan
Hidup tiada cita-cita

Cikgu


Maafkan aku kerana buat cikgu tak dapat tidur
Memikirkan tentang ku
Apa teknik dan skill untuk mendidikku
Hingga dikau cikgu menitiskan airmata
Mengenang nasib anak muridmu
Sedang aku tidur lena
Dibuai mimpi indah

Cikgu

Meskipun diri ini tak tahan untuk bermain
Lompat sana
Lompat sini
Tapi
Aku ingin berjaya
Berjaya menjadi seorang hero mukmin

Cikgu

Tabahkan hati
Aku akan sentiasa berusaha
Berusaha jadi yang terbaik
Namun aku memerlukan
Pertolonganmu
Berkat kesabaran mu
Untuk mendidikku
Kerana ku tahu
Dirimulah yang terbaik
GURU yang TERBAIK untuk PELAJAR yang MUNDUR

ku pohon maaf padamu cikgu kerana taktahu jenis nurkilan apa yang ku nukilkan buat mu sebab nak kata sajak tak jugak, nak kata karangan pun tak jugak..ehm

buat cikgu NOR ADILLAH

selamat meneruskan perjuangan adik-adiku



Wahai adik-adikku serikandi Islam yang ku cintai

Kuatkanlah langkahmu di medan perjuangan
Meskipun daku tidak lagi bersama kalian
Perjuangan ini mesti diteruskan
Proses pentarbiyahan tidak mungkin bisa berhenti di pertengahan
Kerana jiwa mu pasti memberontak
Pasti meronta
Pastikan rasa kosong

Wahai adik kesayangan ku,

Jauh bukan bermakna kita telah berpisah
Jauh bukan beerti daku mengabaikan mu
Kerana cinta ku bukan cinta biasa
Cinta ku ingin melihat dirimu merasa bahagia
Bahagia dengan nikmat-nikmat dijalan tarbiyah

Wahai adik-adik yang ku cintai

Disaat segelintir orang memfitnah ku
Disaat orang lain mengatakan aku menyesatkan
Disaat orang lain menuduh ku memecah belahkan umat
Lantang menuduhku mengajak pada perkara sesat
Tahukah kamu bagaimana sedihku?
Bagaimana menderita hati ini di boikot sedemikian
Kenyakinan pada diriku kian lumpuh
Hampir saja diri ini ingin berhenti di tengah jalan
Cuba ku jelaskan tapi tak mampu

Tapi disaat itu jua wahai adik-adik ku
Datangnya diri adik-adik menyapa
Tetap mempercayai
Tetap bersama dalam pentarbiyahan
Membangkit kekuatan
Aku bisa mengesat seluruh airmataku
Semangat ku pulih kembali
Mana bisa aku melupai semua kenangan dan kepercayaan ini


Adik-adik yang kakak cintai

Tabahkanlah hatimu dalam apa jua ujian
Kerana itu bukti kecintaan ALLAH pada dirimu
Jika mampu ingin ku sembunyikan semua cerita duka
derita perjuangan
Kerana ku ingin dirimu merasa segalanya mudah
Segala keindahan dijalan dakwah

Namun diri ini tidak mampu
Terpaksa jua kita tempuh segalanya bersama
Memerlukan pengorbanan dan kesabaran

Wahai adik-adik ku,

Ingatlah pergorbanan mengajar erti perjuangan
Meskipun perjuangan itu pahit
sambutlah kerana syurga itu manis..

Islam ini agama yang hebat
hanya org-org yang hebat akn memikulnya
turutilah langkah-langhkah perjuangan
para syuhada terdahulu
kerana kita bukan pemula bagi da’wah tapi janganlah kita jadi pengak
hirnya


doaku sentiasa bersama denganmu
buat adiku serikandi Islam yang kucintai…. J







buat anak-anakku yang dicintai



AssalamualaikumWarahmatuLLAH


Nasihat Luqman kepada anaknya..Surah Ali Imran ayat 12-19

Wahai sahabat muslimah ku yang ku cintai.

Lahirnya ke dunia seorang anak apatah lagi yang lahir dari rahim seorang muslimah bukanlah sebarang kelahiran. Setiap anak yang lahir adalah kurniaan ALLAH S.W.T maka bukan lah anugerah yang boleh diabaikan.

Apa maksud diabaikan? Bukan hanya sekadar diabaikan pada awal kelahirannya tapi diabaikan juga membawa maksud pengabaian sepanjang pembesarannya. Abai pada awal kelahiran ada yang berlaku kes-kes buang kat masjid, tong sampah dan sebagainya.
Haiwan yang mendapat anak pun, kita ambil contoh mudah kucing berkahwin tak da akad nikah, tiada proses, tak ada kenduri, takda cincin malah haiwan ini TIDAK BERAKAL namun tetap sahaja tak bungkus anak yang dilahirkan letak kat tong sampah atau sebagainya. Wahai manusia, janganlah meletakkan pengiktirafan untuk kamu sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini serendah ini. Mencari nahas sendiri.

Pengabaian yang kedua, proses pembesaran. Bukan nak membincangkan soal pembesaran tapi pendidikannya agar benar-benar menjadi seorang khalifah ALLAH seperti mana tujuan utama manusia dijadikan ( surah Al-Baqarah:30). Anak-anak perlu dijelaskan semua perkara. Penjelasan yang jelas tentang pencipta yang agung, ALLAH yang menguasai alam smesta ini. Anak-anak hendaklah sentiasa diajak berfikir tentang kejadian alam bukan sekadar diajar dalam kelas sains tapi dikaitkan dengan keindahan sains dan Al-Quran. Jangan jauhi mereka dengan Al-Quran hanya jauhi mereka dari dadah dan pengajian bukan sekadar mengaji tapi mengkaji. Tapi penyampaian perlulah bersesuaian.

Apa silibus yang perlu kita ikuti? Apa cara yang perlu kita ikuti? Semua jawapan telah terkandung dalam Al-Quran. Islam ini memudahkan manusia bukan menyusahkan bahkan Islam lah agama yang sebenar-benarnya. Tak perlu susah-susah untuk mencari jalan keluar.

Anak-anak mahukan penjelasan. Dari kecil hatinya memerlukan bimbingan untuk mengenal siapa dia dan untuk apa dia dilahirkan. Sentiasa ketandusan nasihat dan pangajaran dari mereka yang lebih dewasa. Sistem sekolah dahulu (masa zaman saya,sekolah harian biasa) sahaja cukup untuk menjauh kan hati-hati anak-anak kecil dari ingat pada ALLAH melainkan sekiranya ada program kem Asuh, Kem Ibadah yang hanya dilakukan dalam tempoh 3 hari tapi kehidupan persekolahan mereka bagi yang sekolah petang tiada waktu untuk mereka solat. Alasan mudah, mereka kecil lagi. Sewaktu saya ditahun 2, saya bertanya pada sahabat saya kenapa kamu tak solat? Jawabnya, mak kita kata kita kecil lagi. Nah, biasalah generasi hari ini kena solat mula umur baligh.

Bagaimana nikmat melaksanakan solat dapat dirasai? Indahnya menjadi seorang Islam bisa di nikmati melainkan usaha untuk menyedarkan anak-anak ini setelah dewasa di tingkatkan. Namun usaha di peringkat awal adalah lebih baik. Ajari mereka untuk mengenali Islam sebenarnya serta perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan pada aqidah mereka agar mereka tahu apa musuh-musuh yang perlu dihadapi.

“melentur buluh biarlah dari rebungnya, asuhlah mereka dengan akhlak yang mulia”