salam wbt

Friday, May 22, 2009

Raihlah cintaNYA


salam buat mawar yang sedang mewangi...



wahai saudari muslimah yang tercinta
lindungilah diri kita dengan duri-duri keimanan
agar bisa membunuh sesiapa saja yang cuba menghancurkan

cukuplah telinga ini sakit
hati kian berdarah
jiwa menjadi kian parah
melihat kemusnahan seorang demi seorang
dari hari ke hari
ada saja mawar yang tumpas

mataku bertambah pedih
tekak ku menahan perit
tika menatap wajah-wajah bayi tidak berdosa
terlantar tidak bernyawa
dibuang begitu saja

cukuplah wahai kaum muslimah
mari kita bangkit bersma
bersatu potensi saling membantu
di jalan dakwah
menyebarkan syiar cinta
syiar islam
yang indah untuk diterokai

disitu akan kita temui cinta
yang tiada tolak bandingnya
cinta itu sangat kuat
malah sangat dekat
tiada mengecewakan
ALLAH sentiasa memberi Cinta
sambutlah cintaNYA
kerana cintaNYA hakikat kebahagian

Raihlah cintaNYA

lazatnya iman

Tenangnya hidup kerana hati dapat merasai keindahan iman, lazat yummy..

Monday, April 27, 2009

Berakhirnya Agenda zionis


Salam.

Buat teman-teman yang ku cintai, marilah kita sama-sama menyertai konvensyen ini agar dapat menambah input dan masa yang sama memberi kekuatan buat kita. Janji Allah pasti, kemenangan itu juga pasti. marilah kita seiring dalam arus perjuangan untuk merealisasikan kemenangan yang Allah janjikan.


Berakhirnya Agenda Zionis

Maklumat lanjut boleh di rujuk disini www.kbaz.net

Hari : Sabtu

Tarikh : 9 Mei 2009 (14 jamadil Awal 1430 Hijriyah)

Masa : 8 pagi - 5 petang

Yuran Penyertaan: RM 10.

Seminar sehari ini menyaksikan kehadiran panel-panel hebat yang dijemput khas dari luar dan dalam negara. Butiran lanjut tentang Konvensyen ini adalah seperti berikut.

Seminar yang bertujuan mengumpulkan para belia dari seluruh pelusuk tahanair agar menghayati dan memahami isu ini turut akan mengadakan pameran dan jualan sepanjang berlangsungnya konvensyen. Dengan kerjasama Aman Palestin, antara panelis yang dijemput serta tidak asing dalam isu ini di peringkat antarabangsa adalah seperti Dr. Azzam al- Tamimi (London), Assoc. Prof Dr. Mohsen Salleh (Lebanon) dan juga Dr. Roslan Mohamad Nor.

Pendaftaran?
Penyertaan masih terbuka kepada semua. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai konvensyen ini bolehlah mendaftarkan diri kepada nama-nama dibawah, tempat adalah terhad:
[Muaz: 013 3044180] - [ Zaizul: 019 6641406] - [ Dr. Kamil: 016 9490623] - [Dr. Kamsani: 013 6130189]
[Pn. Suriani: 019 6654746] - [Pn. Kamisah: 019 2796792]
e-mail: amanpalestin@yahoo.com
Website: http://kbaz.net/
Untuk keterangan lanjut, hubungi: Aman Palestin Berhad
[Tel(Office): 03 89267019] [Fax: 03 89259963] [Tel(Mobile): 017 2672122]

Berminat menaja?
Kepada sesiapa yang ada kelapangan wang ringgit atau mempunyai sahabat handai yang dermawan serta hartawan bolehlah menghulurkan derma bagi menjayakan program yang besar lagi bermakna kepada kita semua.
Derma bolehlah disalurkan kepada:
Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad: 562263010787
Bank Muamalat Malaysia Berhad: 12070005133717

Oleh:
Zaizul Azizi Zaman
Ketua Biro Latihan
PEMBINA

BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS!

Tajuk di atas tentunya mengundang pelbagai persoalan. Antara persoalan-persoalan yang timbul: Apakah itu agenda zionis? Benarkah agenda zionis telah berakhir? Bagaimanakah ia berakhir? Siapakah yang bertanggungjawab menamatkan riwayat agenda zionis itu? Persoalan-persoalan ini bakal kita sama-sama teliti, fahami dan perhalusi dalam Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis, yang bakal diadakan pada 9 Mei bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tema “’erakhirnya Agenda Zionis’ sememangnya telah dipilih dengan begitu teliti dan memiliki keunikan yang tersendiri. Secara lazimnya, apabila kita memperkatakan isu Palestin, akan tergambar di fikiran kita imej-imej kesengsaraan, penganiayaan dan kezaliman umat Islam Palestin yang seakan tiada pengakhirannya. Nasib yang menimpa rakyat Palestin yang menjadi pelarian di bumi sendiri, dinafikan hak, diperlakukan dengan kejam seolah-olah tiada harga diri, nilai nyawa yang sebegitu murah, dan kekejaman rejim zionis yang tidak mengenal mangsa sama ada wanita, orang tua atau kanak-kanak begitu menyayat hati. Ditambah lagi dengan suasana kemusnahan pasca serangan kejam pada awal tahun ini, wajarkah dikatakan Agenda Zionis telah berakhir? Inilah merupakan satu keunikan tema ini yang paling utama. Ia membicarakan isu konflik Israel-Palestine dari perspektif yang amat berbeza daripada lazimnya.

Antara elemen penting dalam agenda zionis adalah kewujudan ‘The Greater Israel’ atau yang kita terjemahkan sebagai ‘Israel Raya’. Projek Israel Raya merangkumi seluruh kawasan di antara Sungai Nil di Mesir dengan Sungai Euphrates yang merentasi bumi Iraq dan berpusat di Baitul Maqdis. Agenda ini begitu signifikan dalam keseluruhan agenda Zionis, sehingga ia dijadikan bendera bagi Negara haram Israel, dilambangkan melalui ‘Star of David’ di antara dua garisan biru. Konsep Israel Raya mula dicanangkan semasa Persidangan Zionis Sedunia di Basel, Switzerland pada 1897 oleh Theodore Hertzl. Antara resolusi persidangan itu ialah penubuhan Israel Raya dalam masa 100 tahun. Penubuhan Negara Haram Israel seolah-olah telah berjaya dicapai pada Mei 1948 dan diiktiraf oleh PBB melalui resolusinya. Benarkah zionis telah hampir berjaya? Kita bukan sahaja meyakini bahawa agenda Israel Raya ini akan gagal dan berakhir, malah kita meyakini bahawa penubuhan Negara Israel itu sendiri masih belum berjaya. Hakikatnya, Israel masih digelar sebagai Negara Haram Israel oleh jiran-jiran mereka. Tragedi Gaza baru-baru ini juga membuktikan kepada kita bahawa Israel Raya tidak akan menjadi realiti, bahkan penduduk Gaza yang serba kekurangan itu telah mampu mencabar penguasaan Israel ke atas rantau Asia Barat.

Mengembalikan Izzah Umat

Perbicaaran isu Palestin dari perspektif ini diharapkan akan memberikan harapan baru kepada umat Islam seluruh dunia. Sejak kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyah pada awal kurun yang lalu, umat Islam di seluruh dunia telah ditindas dengan penjajahan dan pelbagai bentuk kezaliman dan penganiayaan. Kesan daripada rentetan kezaliman ini begitu ketara sehingga nilai-nilai negatif seperti perasaan lemah, tertindas dan teraniaya seolah-olah telah sinonim dengan umat Islam. Sekiranya ada kelompok umat yang bangkit pun mereka akan dicop sebagai pengganas. Hakikat ini seakan telah berjaya dipaksakan ke atas umat Islam dengan propaganda yang pelbagai bentuk dan konflik-konflik yang bersilih-ganti di seluruh dunia umat Islam. Kemegahan dan kejayaan umat selama ribuan tahun ditenggelamkan dan menjadi sejarah yang dilupakan. Isu Palestin yang menjadi isu induk umat Islam yang terus berjalan tanpa penyelesaian hampir seabad lamanya. Berakhirnya agenda zionis merupakan penyelesaian kepada isu umat Islam Palestin secara khusus, dan umat Islam di seluruh dunia secara amnya.

Konvensyen ‘Berakhirnya Agenda Zionis’ bakal merungkai tanda-tanda akan berakhirnya agenda zionis dan tanda-tanda kemenangan umat Islam. Beberapa hadis yang kita selalu dengar tentang kemenangan umat Islam menggambarkan bahawa Zionis bakal dikalahkan dengan kedatangan Nabi Isa, turunnya Imam Mahdi, atau apabila ‘bercakapnya pokok-pokon dan batu-batu’. Kita meyakini kebenaran hadith-hadith ini. Namun kita amat tidak bersetuju dengan pihak-pihak yang menggunakan hujah hadith-hadith sebegini untuk mengambil sikap tunggu dan lihat. Kita meyakini sunnatullah bahawa kemenangan tidak akan datang bergolek. Setiap individu Islam wajib berusaha sehabis baik mengikut cabang kemampuan masing-masing bagi menyiapkan barisan umat yang akan beroleh kejayaan. Konvensyen ini bakal menjelaskan apakah peranan umat dalam isu ini, di samping memberi keyakinan bahawa Zionis bukanlah gerakan yang tidak akan tertewas.

Mencabar Zionis di Medan Mereka

Mencanangkan ‘Berakhirnya Agenda Zionis’ merupakan satu lambang kesungguhan dan keberanian. Ini merupakan satu keberanian mencabar Zionis di peringkat antarabangsa, di medan yang mereka kuasai iaitu media dan propaganda. Zionis telah lama menggunakan propaganda media untuk menanamkan kegerunan seluruh dunia terhadap kuasa mereka. Asia Barat seolah-olah berada di bawah telunjuk mereka dengan mereka mewar-warkan kecanggihan teknologi ketenteraan yang mereka miliki yang dikatakan tiada tandingan di rantau itu. Malah badan dunia seperti PBB tidak mampu berbuat apa-apa apabila resolusi demi resolusi yang dikeluarkan tidak diendahkan oleh Israel. Zionis seakan-akan berjaya mengelabui pandangan dunia dalam menjustifikasikan kewujudan Negara haram Israel melaui propaganda tragedi “Holocaust”, penipuan ilmu sejarah dan pemalsuan artifak-artifak arkeologi.

Kita ingin mengatakan bahawa satu-persatu penipuan ini sedang diselongkar dan dibongkarkan. Semakin banyak pihak mempersoalkan kedahsyatan peristiwa holokaus yang sengaja diperbesar-besarkan. Semakin banyak pihak mempersoalkan tindakan kejam Israel ke atas orang awam, pencabulan hak asasi manusia serta kebenaran hujah ‘mempertahankan diri daripada seranga pengganas’ yang dipergunakan oleh Israel. Agenda Zionis akan berakhir!

Cahaya di Hujung Terowong
Sesungguhnya, kita meyakini bahawa tanda-tanda kehancuran zionis telah bermula, Bukti-buktinya kian jelas dan telah terbongkar satu persatu. HAMAS dan umat Islam di Gaza adalah satu bukti nyata akan kehancuran Israel. Kita mahu supaya seluruh dunia Islam melihat Gaza sebagai umat contoh, dan segala kezaliman dan kekejaman tidak akan melemahkan semangat kita. Kita ingin supaya Gaza menjadi pembakar semangat dan pencetus kebangkitan Islam seluruh dunia, dalam menuntut kembali hak-hak mereka, mengangkat agama Islam ini ke tempat yang sewajarnya. Tiada kekuatan yang akan mampu mengalahkan gerakan ini, tiada benteng yang akan dapat menghalang arus ini.
Cengkaman Yahudi di medan-medan lain jugak akan tercabar satu persatu. Krisis ekonomi seluruh dunia mula menyebabkan banyak pihak mempersoalkan sistem ekonomi kapitalis yang di dokong Yahudi. Kita melihat semakin banyak tumpuan diberikan kepada sistem ekonomi alternatif khasnya sistem berlandaskan syariah.

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis ini juga bakal mencungkil tanda-tanda kehancuran Zionis yang berpandukan Kitab Taurat itu sendiri. Penulis Arab, Safr Abdul Rahman Al-Hiwali dalam bukunya ‘Hari Kemurkaan: Adakah Bermula Dengan Intifadhah Rejab’ menerangkan bahawa Kitab Taurat menggambarkan bahawa orang Yahudi bakal dikumpulkan di suatu tempat untuk menerima balasan Allah terhadap kezaliman mereka sejak zaman-berzaman. Buku ini membincangkan adakah hari kemurkaan telah bermula dengan berlakunya Intifadhah Rejab, iaitu intifadhah yang tercetus selepas Ariel Sharon mencemari perkarangan Masjid Al-Aqsa pada 28 September 2000 dengan menjejakkan kaki di dalamnya. Maklumat lanjut berkenaan Hari Kemurkaan ini, akan kita bincangkan dalam konvensyen kita nanti.
Inilah Jihad Kita
Umat Islam di Palestin telah melaksanakan jihad mereka. Mereka berjihad dengan batu, senjata dan darah. Mereka sanggup mengorbankan nyawa dan anak-anak mereka untuk semata-mata mepertahankan tanah waqaf umat Islam. Bagi kita, inilah jihad kita, jihad dengan ilmu, harta dan segenap yang kita ada. Jihad kita di antaranya adalah untuk menghidupkan kesedaran dalam diri umat ini untuk bangkit dan memberikan sumbangan mereka sedaya-upaya mereka. Jihad kita adalah dengan perang psikologi menentang propaganda Yahudi. Jihad kita adalah dengan pena, suara dan minda. Jihad kita ialah berusaha untuk kembali kepada sumber kekuatan kita; ia adalah agama Islam yang telah mengangkat darjat umat terdahulu.

Jihad kita baru sahaja bermula!

Ayuh bersama-sama dengan PEMBINA dalam jihad ini!

copy from Website: http://kbaz.net/

Thursday, March 12, 2009

muhasabah cinta

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Reff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku


Butir butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Sunday, January 25, 2009

Buat Insan yang Kucintai..



Sudah terlalu lewat utk ku ceritakan di kiriman email dan blog kisah parajurit ALLAH di Palestin. Isu hangat macam goreng pisang meskipun hal ini telah lama berlaku sejak 1948 lagi. Berkurun lama sahabat-shabat ku telah berjuang yang pada waktu itu ibubapa ana belum lahir pun lagi apatah lagi wujudnya ana di dunia ini.

Perjuangan yg sekian lama ini bukan suatu penderitaan buat mereka tapi tanda cinta ALLAH buat sahabat-sahabat ana di sana. Sahabat dirimu insan TERPILIH, DIPILIH ALLAH untuk berjuang kerana ALLAH. Syahid, kemuncak keimanan, indahnya ..perngorbanan mu bertahun-tahun tiada sia-sia kerana setiap semangat dan perjuangan tetap hidup di hati ini.

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan ALLAH (bahawa mereka itu) mati bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedari. ( Al Baqarah : 154)

Berbagai-bagai program di aturkan biarpun lewat dan ramai yang tidak menyedari hal ini. Maka pada ketika ini adalah masa yang sesuai untuk di manfaat kan oleh para dai’yah apa lagi seorang murobbiyah untuk terus tarbiyah masyarakat umum. Istiqamah meneliti berita-berita dari sahabat-sahabat disana jangan pernah bosan. Lakukan segalnya kerana ALLAH maka impaknya lebih besar bukan hanya kerana hati ini sedih atas kekejaman yang berlaku. Buat diri ini jua dan teman-teman di sini, gunakanlah segla potensi yang ada, apa sahaja yang kita boleh lakukan kerana kita tak mampu beri apa yang kita tiada dan sentiasalah berdoa.

Sedih tak dapat sertakan gambar semasa progarm rapat umum di stadium shah alam. Ana tak dapat duduk kat bawah, duduk diatas. Ada hikmahnya kerana dapat melihat gambaran jelas dari atas. Kelewatan sampai menyebabkan ana tak dapat pengikat kepala warna oren(save Gaza) huwaa..nampaknya kena buat sendiri. Jumpa pula kak amirah najwa bersama mujahidnya Musa, walaupun masih kecil tetap bersama-sama menghadiri pra perjuangan disana bersama umi dan abi. Bilalah ana pula nak bawa buah hati ana dalam berjuang. Sejuk suasana di pagi itu melihat wajah-wajah anak muda kesan tarbiyah kerana hati mereka hidup......istiqamahlah dalam berjuang kerana hari ini ku lihat isu ini semakin hari semakin kurang frekuensinya. Dimanakah semangat yang hilang?
”Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah umat Islam berperang dengan orang-orang yahudi (di sebuah tempat). Orang-orang Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu bersuara menjerit memangil umat islam agar membunuh orang-orang yahudi itu, kecuali pokok Gharqad kerana itu pokok yahudi” Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim.
Nah..wahai sahabat-sahabat ku. Janji ALLAH pasti benar, dan kemenanagn itu pasti maka rugilah kita tidak menjadi sebahagian dari kemenangan itu. Doakan diri kita dan setiap orang Islam agar diberikan ALLAH kefahaman dan kekuatan. Atur segala perancanagn dengan teliti. Jangan putus berdoa kerana itu senjata mukmin. Sedangkan pokok-pokok dan batu-batu pun akan bersuara ketika itu mungkin kerana setelah sekian lama hanya dapat mendiam kan diri melihat kekejaman di sekeliling ia, apa pula kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan menjadi makhluk yang MAHA Penerima Nikmat dari ALLAH?


Renung-renungkan dan selamat beramal. Pesanan buat diri ku jua.

(putrajaya)

Sunday, December 28, 2008

kata selingan

Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki
mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

hahaha, jgn sampai jadi lagu ni na.

luar biasanya keyakinan pada ALLAH

Ya ALLAH

DIJALAN YANG MULIA ANA TELUSURI
KU MEMOHON AGAR DIBERI PERLINDUNGAN
HANYA DIRIMU YA ALLAH YANG MAHA TAHU SEGALANYA
KU MOHON AGAR KEDENGKIAN TIDAK MELUMPUHKAN LANGKAHKU

YA ALLAH
TIDAK SESEKALI AKAN KU BERUNDUR
BIARPUN BERBAGAI FITNAH TERBENTANG
KERNA KU TAHU ALLAH SENTIASA BERSAMA ORG-ORG YANG SABAR
KENAPA PERLU KECEWA KERANA MANUSIA

TAKKAN KU KECEWAKAN MU YA ALLAH
KERANA RASA KECEWA KU PADA MANUSIA
KU YAKIN DAN PASTI
SUATU KETIKA DIRI INI PASTI TERBELA

KU MOHON PEMBELAAN DARIMU YA ALLAH, KERNA KU TAHU ALLAH MAHA ADIL LAGI MAHA TAHU

KENYAKINAN PADA MU ALLAH AMAT LUAR BIASA BAGI KU, HILANG RASA DUKA PUTUS ASA BAHKAN KECEWA TAK KAN BERANI MENGHINGGAP KEMBALI DI HATI INI.

ALLANGKAH INDAHNYA HIDUP DIAWASI MU YA ALLAH, KERNA ALLAH MENGETAHUI SEGALANYA...

buat sahabatku ukhti dila yang mana mengingatkan ku , kenangan di jalan dakwah ketika study dulu. Ingat pada nasihat dila,org akan buat macam-macam pada seseorang kerana kedengkian nak jadi macam org tu. Mungkin org tu terlebih cantik...heheh. maka apapun terjadi ukhti lepas ni, kita kena tabah tak kisah sesipapun, kerana ALLAH Beserta Org-org yg sabar. Jangan lupaakan kenangan kita di UTM dulu, suka mahupun duka ye ukhti :)