lewat di kiriman Yahoo Mesengger (YM)
siti haswani zakaria: br2 ni wani kagum ngan satu syair ni...
siti haswani zakaria: syair dr iman syafie....
rabiatul adawiyah: bagilah
siti haswani zakaria: katanya:
siti haswani zakaria: bukanlah tinggal tetap itu rehat bg orang yg berakal dan berbudi
siti haswani zakaria: maka tinggakkanlah kampung halamanmu
siti haswani zakaria: dan pergilah mengembara, merantaulah
siti haswani zakaria: pasti kau akan temui pengganti mereka yang kau tinggalkn...
rabiatul adawiyah: kita yang memerlukan dakwah
siti haswani zakaria: sesungguhnya kemanisan hidup hny ada dalam usaha yg bersungguh2
siti haswani zakaria: seseunguhnya aku melihat air menjadi cemar kerana tidak mengalir
rabiatul adawiyah: teruskan
siti haswani zakaria: andai ia mengalir pasti elok keadaanya..andai ia bertakung...nescaya cemar jadinya..
siti haswani zakaria: bets kan kata2 ni..
siti haswani zakaria: cam motivasi kpd kita
rabiatul adawiyah: betul
rabiatul adawiyah: hidup ini gersang ibarat tanah tandus tanpa tarbiyah
siti haswani zakaria: betul2
ana YM dengan shabat ana di poland. syukran ukhti. I love U.
Sunday, November 2, 2008
syair
Posted by rabiatul adawiyah at 7:58 AM 0 comments
Saturday, November 1, 2008
sang murobbi
Munsyid : Izzatul Islam
http://liriknasyid.com
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu
Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu
Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu
Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati
Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani.
Posted by rabiatul adawiyah at 6:50 PM 0 comments
sekadar cerita pendek
Suasana petang diiringgi hujan lebat membuatkan mata ini sayup-sayup nak melabuhkan tirai. keletihan menjaga anak kecil yang tidak sihat semalaman. Meskipun satu malam berjaga namun jasad ini tidak letih kerana ALLAH beri kekuatan. Anak itu anugerah ALLAH, comel, menenangkan, mendidik hati agar tabah dan lembut selembut sutera. Naluri keibuan sememangnya anugerah ALLAH buat insan yang bernama wanita. Betapa bangganya menjadi wanita, apa lagi didalam Al-Quran ada surah Khas tentang wanita.
Pada ketika ini, barulah ku tahu betapa peritnya umi menjaga ku. Pasti umi berjaga malam, melupakan hasrat dan rasa letihnya demi menjaga anaknya yang sakit. Alangkah besarnya pengorbanan umi.
setakat ini sahaja kiriman. Fikiran ku tiba-tiba buntu dan hilang idea, mungkin kerana keletihan sedikit. Apapun layan jer ye cerita ni.
Posted by rabiatul adawiyah at 1:43 AM 0 comments
Friday, October 24, 2008
sekadar selingan kiriman email
Kadang-kadang kita melakukan kesilapan. Soal rezki kita tawakal penuh pada ALLAH, namun soal jodoh kenapa ada keraguan. Cinta yang hakiki tak da keraguan. Indah rasanya tanpa prasangka. Cinta pada ALLAH adalah asas untuk menjadi sebab buat kita mencintai makhluk yang lain. Ingat, isteri, suami, ibu bapa, anak-anak adalah pinjaman dari ALLAH. kita hanya meminjam sebentar bukan kita miliki.
Pernikahan itu menjadi suatu rahmat buat mereka yang benar-benar nyakin pada janji dan rahmat ALLAH, menjadi ubat buat hati yang gelisah takutkan kemaksiatan dan menjadi kekuatan buat mereka di jalan dakwah.
RABIATUL ADAWIYAH HAJI IMAM
TTDI JAYA
Posted by rabiatul adawiyah at 6:28 AM 0 comments
Saturday, October 4, 2008
eid mubarak-kepulangan yang ku nanti
Terdengar suara takbir bergema di surau, masjid, sayup hati meskipun pengisian takbir memuji kebesaran ALLAH yang MAHA ESA. Terlintas di benak fikiran dosa-dosa yang dilakukan kepada ibubapa, sahabat dan insan-insan dijalan dakwah. ketika ini lah kesempatan buat kita menurunkan ego kita ke tahap paling minimum. Musuh-musuh yang melekat dilubuk hati dimaafkan dengan rasa senang hati lewat di sms. Namun apa yang kita terlepas pandang adalah sikap ego dan sikap pemaaf ini seharusnya kita mulakan seawal memasuki bulan ramadhan atau pun disepanjang jalan hidup kita. Rugilah bagi mereka yang ada sikap ego dalam diri kerana itu adalah penyakit hati yang menjurus pada sikap takbur. Menjadi seorang yang pemaaf bukan pada masa-masa tertentu merupakan akhlak yang terpuji. Kesempatan ini jua buat mereka yang mahu menghantar tanda-tanda ingatan buat teman lama dengan ucapan maaf zahir dan batin.


PULANGLAH DI HARI RAYA
BEGITULAH HARAPAN ANAKANDA
Posted by rabiatul adawiyah at 7:09 PM 0 comments
cinta teragung
Hati tersentuh menelusuri bait-bait lirik ini. Rasa jiwa hanyut, lemas dalam lautan nikmat kasih Allah yang sering dilupakan. Terasa kaki tersadung dek batu yang tidak kelihatan dipenglihatan, tapak dan jejari pedih dek luka terpijak kerikil tajam, mata berbalam, tidak kelihatan jalan di hadapan dek kerana cahaya bulan yang suram. Namun perjalanan berduri selaku hamba tetap perlu diteruskan. Kita selalunya merasa masih punya banyak masa untuk melakukan banyak perkara sedangkan masa yang masih bersisa mungkin tidak sampai sedetik, sepenggal atau sepurnama. Kita juga seringkali merasa telah memiliki sedangkan kita tidak pernah memiliki apa-apa di dunia ini melainkan pengharapan kepadaNya. Kita seringkali merasa telah banyak berkata-kata sedangkan satupun tidak Allah mendengarnya. Kita juga kadangkala merasa kitalah yang paling banyak dan perit diuji dan yang paling tabah dalam menghadapi ujian-ujian itu sedangkan ia tidak membawa apa-apa makna di pandanganNya. Kita juga kadangkala merasa diri lebih baik daripada saudara yang lain sedangkan kitalah yang paling buruk di mata Allah, na'uzubillah.
Sujudku ini Tuhan, takkan memuaskan inginku untuk membuktikan sembah sedalam di kalbuku. Ku sembahkan syukur padaMu ya Allah untuk segala nikmat dan kasih sayang yang ku miliki di dunia ini. Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa olehku.. alhamdulillah, pilihan dan kesempatan olehMU yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri. Sesungguhnya peringatan ini buat hati yang hampir dengan jari-jari yang menekan butang kekunci, kerana akulah hambaMU yang paling dhaif dan paling lemah di hadapanMu, ya Rabb, tuhan pemurah yang tidak pernah menolak cinta hambaNya.
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Kandil cintaNya menerangi jiwa
Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku mencari cinta
Oh! Kusangka teguh
Kiranya masih rapuh
Kusangka mudah namun amat payah
Kusedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku diselimut cinta
Cinta agung-Nya
Sekian lama diri terbiar kehidupan terabai
Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abad
Posted by rabiatul adawiyah at 9:26 AM 0 comments
ajal ku pasti
" Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatnya."
(Surah Al-A'raf ayat 34)
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang kaya yang sedang hidup mewah dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira kita sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal telah tiba, maka kematian itu tidak akan tertangguh walau hanya sesaat. Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut senantiasa berada di sekeliling manusia, mengenalpasti memerhatikan orang-orang yang hayatnya sudah tamat. Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
" Bahawa malaikat maut meperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah herannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berhura-hura dan bergelak-tawa."
Betapa seringnya malaikat maut melihat dan menatap wajah seseorang, iaitu sebanyak 70 kali dalam masa 24 jam. Andai kata kita manusia sedar hakikat tersebut, nescaya kita tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, atas sebab itu manusia tidak sesekali menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail atas Kuasa Allah.
Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-tawa, seolah-olah dia tidak ada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki secuil bekal amalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa. Moga diri ini sentiasa beringat untuk mempertingkatkan amal dalam bulan Ramadhan yang telah dipenghujungnya ini kerana belum pasti diri akan ketemu Ramadhan seterusnya sedangkan ajal itu sangat pasti akan menjemput bila tiba waktunya.
Posted by rabiatul adawiyah at 8:46 AM 0 comments

